ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu

By | 23 March 2016
ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Sudah terlanjur saya posting berkenaan keperluan susu ibu yang berkualiti dalam posting saya semalam, hari ini saya ingin menyampaikan info penting tentang kepentingan protein seperti ESP Shaklee untuk ibu menyusu.

Perlukah Suplemen Untuk Banyakkan Susu

Dalam banyak keadaan, anda tidak memerlukan suplemen untuk banyakkan susu. Ini kerana susu banyak adalah disebabkan permintaan (demand) yang banyak. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu akan bertambah.

Jadi apa perlunya suplemen untuk ibu menyusu?

Betul, suplemen tidak perlu untuk ibu menyusu, tetapi ibu menyusu masih perlukan suplemen untuk:

  • Jadikan susu berkualiti agar bayi mendapat khasiat nutrisi sepenuhnya
  • Menjaga kesihatan ibu
  • Memberikan tenaga kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu
  • Memberikan perasaan gembira kepada ibu agar mudah menghasilkan susu

Suplemen yang bagaimana? Anda boleh merujuk kepada set penyusuan, banyak juga saya tuliskan sebelum ini.

Mengapa ESP Shaklee Penting Untuk Ibu Menyusu

1. ESP Shaklee Memberi Tenaga Kepada Ibu Menyusu

ESP Shaklee membantu memberikan tenaga berpanjangan disebabkan ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Aktiviti penyusuan menyebabkan kalori dibakar sekitar 200-500 kalori sehari. Sekiranya ibu menyusu tidak makan secukupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ini akan menjadi penyebab keletihan di kalangan ibu menyusu. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.

Aktiviti menyusu membakar kalori ibu, justeru ibu akan mengalami keletihan dan kurang tenaga jika tidak mengambil pemakanan rendah indeks glisemik

Aktiviti menyusu membakar kalori ibu, justeru ibu akan mengalami keletihan dan kurang tenaga jika tidak mengambil pemakanan rendah indeks glisemik

ESP Shaklee dengan indeks glisemik yang rendah iaitu sekitar 39, membantu ibu menyusu mendapat tenaga berpanjangan. Bagaimana indeks glisemik memberikan kesan ini?

Memahami bagaimana indeks glisemik makanan memberi kesan tahap tenaga anda boleh membantu anda sentiasa alert dan fokus sepanjang hari. Tubuh manusia menghadamkan dan metabolisme makanan dengan indeks glisemik rendah secara perlahan-lahan. Dengan itu ia menyediakan jumlah tenaga berterusan untuk tubuh.

Bagi makanan dengan indeks glisemik yang tinggi pula, makanan mudah dihadamkan dan karbohidrat akan tersedia untuk otot gunakannya dengan segera. Sebab itu selepas kita makan nasi (indeks glisemik tinggi), kita akan mudah rasa lapar sebab karbohidrat telah digunakan dengan segera.

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

2. Memberikan khasiat protein dan kalsium

Dengan pengambilan ESP Shaklee, secara tidak langsung ibu menyusu boleh mencukupkan keperluan protein harian mereka. Protein membantu dalam pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi.

ESP Shaklee menyediakan khasiat protein dan kalsium dalam hidangannya

ESP Shaklee menyediakan khasiat protein dan kalsium dalam hidangannya

Susu yang mengandungi protein yang sempurna seperti ESP Shaklee adalah baik untuk bayi. ESP Shaklee bukanlah untuk memperbanyakkan susu semata-mata, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi kepada bayi.

Pengambilan ESP Shaklee adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan setiap hari. Menurut Ohio State University, ibu menyusu harus mengambil 71gm protein setiap hari.

1 hidangan ESP Shaklee pula menyediakan 14gm protein sihat kepada badan. Kalau ibu menyusu memerlukan 71gm protein, ini bermakna ibu menyusu boleh mengambil ESP Shaklee sehingga 4 hidangan sehari. Selebihnya ibu menyusu boleh mengambil protein daripada pemakanan seharian.

3. Kulit Ibu Menyusu Lebih Gebu dan Cantik dengan ESP Shaklee

Ini merupakan satu bonus kepada ibu menyusu. Di samping menggunakan ESP sebagai makanan tambahan, ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah berbanding sebelumnya.

ESP Shaklee menjadikan kulit ibu menyusu lebih cantik dan gebu

ESP Shaklee menjadikan kulit ibu menyusu lebih cantik dan gebu

Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel rosak / mati. Sebab itu ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.

Kesimpulan

Selain mengamalkan ESP Shaklee, ibu menyusu perlu mengamalkan teknik penyusuan yang betul, pengambilan air yang mencukupi dan jadual pam susu yang konsisten bagi menyokong kejayaan penyusuan ibu. Ibu menyusu perlu memahami konsep supply and demand, jauhkan tekanan perasaan (stress) dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun dan ini adalah terbaik untuk anak anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

14 thoughts on “ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu

  1. zaenudin

    asi itu sangat penting untuk tumbuh kembang anak. jadi saya kira suplemen ESP Shaklee juga sangat diperlukan bagi ibu menyusui

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah sememangnya susu ibu terbaik

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      baik untuk ibu hamil dan sesiapa sahaja sebab semua orang perlukan protein

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      orang lelaki takde estrogen, jadi dia tak jadi susu. hihih

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu MV, saya pun tak lepaskan esp time menyusu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge