Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu

By | 22 March 2016
Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu

Dulu-dulu saya selalu juga berpantang makan disebabkan anak masih menyusu. Masa ambil keputusan menyusu dulu, ramai yang kata makan kena pantang. Kalau tidak anak boleh kena angin, sembelit dan sebagainya. Mulalah masa itu berbahagi juga rasa, hendak menyusu atau formula sahaja? Tetapi bila memikirkan kebaikan dan manfaat menyusu yang sangat banyak, gagahlah juga menyusu dan berpantang makan serba sedikit.

Lebih-lebih lagi ketika anak sakit, perlukah ibu menyusu juga berpantang makan? Posting kali ini saya berikan penerangan berkenaan berpantang makan kepada ibu menyusu.

Perlukah Ibu Menyusu Berpantang Makan

Jika ibu yang menyusukan anak berpantang supaya anaknya boleh pulih dari penyakit, pastikan ibu makan seimbang, pelbagai dan cukup nutrisi.  Antara petanda ibu tidak cukup nutrisi adalah:

  • Turun berat badan
  • Rasa lemah dan letih
  • Mudah dijangkiti penyakit

Bagi anak pula, sekiranyanya tidak menerima cukup nutrisi (melalui susu ibu), akan menyebabkan bayi bertambah sakit dan najis anak tidak normal. Anak pun akan turun berat badan serta ‘regress’. Contohnya dari boleh meniarap jadi tidak boleh. Dari boleh angkat kepala jadi tidak boleh. Jadi bila kurang nutrisi, boleh menyebabkan perkembangan anak terjejas.

Kesan kekurangan nutrisi kepada bayi menyebabkan perkembangan mereka terjejas

Kesan kekurangan nutrisi kepada bayi menyebabkan perkembangan mereka terjejas

Ada kes yang dirujukkan kepada saya. Anaknya ada ekzema. Si ibu tidak mahu vaksinkan anak sebab didakwanya ekzema disebabkan oleh vaksin. Jadi ibu mengelakkan berjumpa doktor dan tiada lawatan doktor langsung selepas anaknya berumur 2 bulan.

Disebabkan ekzema, si ibu berpantang makan. Selain ibu sendiri berpantang, si anak pun dielakkan makan sesetengah makanan sejak usia 6 bulan (usia sesuai bayi diperkenalkan makanan pejal). Disebabkan kurang nutrisi, berat badan anaknya baru 5kg (pada usia 7 bulan), dan badan pun masih lemah seolah-olah baru berumur 2 bulan (sedangkan bayi telah berumur 7 bulan dan sepatutnya telah berlaku perkembangan sesuai dengan usianya).

Kes di atas adalah contoh mengapa ibu menyusu tidak wajar berpantang bukan-bukan. Akibatnya bukan kepada ibu, tetapi kepada bayi. Ibu menyusu tidak patut berasa lemah atau lapar.

Punca Kurangnya Kualiti Susu Ibu

  • Kurang probiotik – bakteria baik dalam usus.

 

  • Kurang zat makanan.
  • Usus ibu tak sihat maka susu mengandungi bahan alergen/ alahan.
  • Ibu mengambil makanan yang mencetus tindakan alahan pada anak atau makanan yang bertoksin seperti makanan berproses, ikan tercemar dan lain-lain.

Cara-cara Meningkatkan Kualiti Susu Ibu

1. Amalkan makanan cukup nutrisi

Ibu menyusu perlu mengamalkan pemakanan mengandungi semua vitamin dan mineral diperlukan oleh badan dan protein. Contohnya yang biasa saya cadangkan adalah:

a. Multivitamin

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral membantu melengkapkan nutrisi tubuh

Multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral membantu melengkapkan nutrisi tubuh

Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

b. Vitamin C

Sebagai antioksidan, vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi

c. BComplex

BComplex lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

Vitamin B diperlukan untuk fungsi saraf bayi

Vitamin B diperlukan untuk fungsi saraf bayi

d. Protein

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah pembina sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Justeru ESP membantu tumbesaran bayi yang sihat dan normal.

Protein diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran mereka yang sihat dan normal

Protein diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran mereka yang sihat dan normal

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

e. Kalsium Magnesium dan Vitamin D

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Ibu menyusu perlukan kalsium magnesium dan vitamin D untuk menyokong tumbesaran bayi

Ibu menyusu perlukan kalsium magnesium dan vitamin D untuk menyokong tumbesaran bayi

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period. Selain itu dalam Ostematrix juga mengandungi vitamin D yang penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

2. Pengambilan Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 mengandungi EPA, EFA dan DHA. DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenal dengan Omega 3. Sedangkan AA (Asid Arakhidonat) dikenal juga dengan Omega 6. Baik DHA, EPA dan AA adalah suatu golongan asam lemak esensial tak jenuh yang sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak dan masa emas pertumbuhannya.

Minyak Ikan Terbaik Dunia Untuk Kanak-kanak Pintar

Fungsi EPA dan DHA

DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

3. Elak makanan yang mengandungi toksin

Zaman sekarang memang agak mustahil untuk mengelakkan toksin. Di mana-mana mesti kena. Bagaimanapun makanan seperti ayam, ikan dan daging tidak segar. Sebaiknya beli ayam yang bebas antibiotik – ARF (antibiotic residue free) atau organik atau ikan segar atau daging kampung.

Hampir mustahil untuk mengelakkan makanan bertoksin pada zaman ini

Hampir mustahil untuk mengelakkan makanan bertoksin pada zaman ini

4. Elak makanan berproses, terutama gula putih dan tepung putih

Awas gula yang tersembunyi dalam makanan. Sebab gula banyak juga menyebabkan masalah asthma, kahak dan batuk berpanjangan.

Awas Gula Tersembunyi Dalam Makanan Anda

Awas Gula Tersembunyi Dalam Makanan Anda

5. Kenalpasti alergen anak dan elak memakan makanan tersebut

Ada juga orang buat ujian menentukan alergen anak mereka. Dengan mengetahui jenis alergen, mudahlah untuk menyesuaikan pemakanan. Antara makanan tinggi alergen adalah makanan laut (tercemar dengan bahan pengawet, logam berat dan kuman yang keluarkan histamin dan serotonin), susu lembu, terutamanya susu komersial dan alergen yang spesifik seperti kekacang dan buah -buahan.

Pastikan alergen anda

Pastikan alergen anda

Kesimpulan

Adalah penting menentukan susu ibu adalah berkualiti sekiranya anak anda menyusu. Ini adalah untuk kebaikan kesihatan bayi dan tumbesaran mereka adalah bersesuaian dengan usia mereka. Alhamdulillah Shaklee mempunyai penyelesaian terbaik untuk ibu menyusu, sekaligus melengkapkan nutrisi kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

18 thoughts on “Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu

    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo.. takpelah ema. rezeki anak2 ni lain2 lan

      Reply
  1. bp

    Betul permakanan ibu dipertingkatkan, biar bertenaga, bukan setakat ambik jamu tetapi supplement kan. Cukup untuk ibu baru turun ke anak. Vaksin yang disarankan eloklah ambik kut. Moga tak terkejut bila makan supplement moden ni. Tak tahu la menasihat pun, cuma nak positif ja 🙂
    bp recently posted…Satellite | Bintang berkelipMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bagi saya, amalkan pemakanan sihat, vaksinkan anak2, ambil suplemen. ini precaution kita buat sebab sayang anak2.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, zaman sekarang ramai nak berguru dengan google

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      dia salah faham, sebenarnya ekzema adalah sakit keturunan. si ibu pun memang ada ekzema sampai sekarnag ni. tapi vaksin dipersalahkan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu cikgu, ada baby sampai malnutrisi sekarang ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge