Call nowWhatsapp

Alhamdulillah 8 Mac datang lagi. Hari ini pada 37 tahun lalu saya telah selamat dilahirkan oleh mama. Terima kasih pada mama dan abah yang melahirkan dan membesarkan serta mendidik saya di sepanjang 37 tahun ini. Meskipun sudah bergelar isteri dan ibu, mereka tetap membimbing saya sehingga saat ini pun. Alhamdulillah juga panjang umur mereka supaya saya dapat berbakti kepada mereka di saat hari tua mereka.

Pada usia ini alhamdulillah saya telah memiliki 3 orang anak-anak yang comel, cerdas dan soleh. Suami pula sangat memahami, penyayang dan insyaAllah setia. He he he.

Peristiwa Penting Pada 8 Mac

Banyak peristiwa dicatatkan pada 8 Mac sebenarnya, antaranya

1. Hari Wanita Sedunia – senang sahaja hendak ingat tarikh hari lahir saya, kan.

Selamat Hari Wanita semua

Selamat Hari Wanita semua

2. Peristiwa MH370

Paling tidak dapat lupa tentang MH370 yang berlaku 2 tahun lalu. Paling penting kita tahu mereka telah tiada walaupun tidak dapat dijejaki di mana mereka pada saat ini. Al fatihah.

Misteri MH370 belum terjawab

Misteri MH370 belum terjawab

Apa Ada Pada Umur

Umur semakin bertambah diharap semakin banyak amalan. Semakin matang, semakin memahami. Semakin berjaya. Semakin berusaha. Semakin penyayang. Semakin ceria, semakin suka senyum. Semakin solehah. Itulah harapan saya. Semakin menghampiri kematian. Ini perjalanan wajib setiap insan.

Doakan untuk saya ya.

Happy birthday to me

Happy birthday to me

So, ada sesiapa hendak belanja saya hari ini? 🙂

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)