Simpan Emas Untuk Pelaburan

By | 21 February 2016

Wah kali ini saya ingin berkongsi tentang pelaburan pula. Dalam banyak-banyak pelaburan (saham, saham amanah dll) saya memang paling minat dengan pelaburan dalam bentuk emas. Sebenarnya saya sejak kecil memang suka emas. Suka pakai emas. Tapi sejak ada anak-anak ini, jarang sangat saya pakai disebabkan saya bimbang terkena pada anak-anak. Almaklum saya ini kena menyusu, dukung, dan lain-lain urusan dengan anak-anak.

Untungkah simpan emas?

Kalau ikutkan memang untunglah siapa yang memang menyimpan emas. Dulu saya hanya pakai emas, iaitu barang kemas. Jadi idea simpan emas ini memang agak baru juga bagi saya. Dan saya juga baru tahu emas rupa-rupanya adalah salah satu bentuk pelaburan.

Jangkaan harga emas bakal melonjak menjelang tahun 2020

Jangkaan harga emas bakal melonjak menjelang tahun 2020

Antara kebaikan menyimpan emas adalah:

  • Emas merupakan aset bernilai selain wang, kereta dan hartanah
  • Emas mudah ditunaikan disaat kita memerlukan duit jika dibandingkan dengan aset kita yang lain seperti kereta dan hartanah
  • Emas tidak terjebak dengan susut nilai, sedangkan duit akan setiasa mengalami inflasi.
  • Emas yang disimpan akan menjadi milik anda dan dalam simpanan anda.
  • Harga emas stabil, anda boleh menjualnya bila2 sahaja kerana ianya berkualiti 999.9.
  • Juga boleh menjadi “LOAN SEGERA” kerana anda boleh memajaknya bila-bila masa di arrahnu dan kedai pajak berdekatan.
  • Apabila sudah banyak, anda boleh mencairkannya di kedai emas dan buat barang kemas dengan citarasa anda.
  • Emas mampu menjadi aset anda kerana jangkaan harga emas pada masa hadapan akan melambung tinggi. Jadi simpanlah dari sekarang.

Contohnya dan gambaran mudahnya:

Dulu rm1 boleh beli 10 bungkus nasi lemak, tetapi sekarang RM2 pun belum tentu boleh beli sebungkus nasi lemak.

Dulu rm50 amat besar dan boleh beli barang dengan penuh troli, tetapi sekarang RM50 hanya beli beberapa barang sahaja.

Peratus kenaikan harga emas berbanding KWSP dan saham. Emas paling stabil

Peratus kenaikan harga emas berbanding KWSP dan saham. Emas paling stabil

Simpan Emas Merupakan Satu Pelaburan

Ya, simpan emas merupakan satu bentuk pelaburan. Jom baca sini:

1) Beli dan Simpan untuk Anak

Beli 1gm setiap bulan untuk seorang anak. Setahun boleh dapat 12gram. Katalah kita simpan dari lahir hingga anak berumur 18 tahun. Jumlah emas terkumpul adalah 216gm. Harga emas 18 tahun lagi agak-agak berapa?

Berbanding jika kita simpan duit semata-mata. Sebulan RM200. Dalam tempoh 18 tahun mungkin kita ada RM43 ribu, tetapi nilai duit pada ketika itu mungkin lebih rendah daripada RM43 ribu yang kita nikmati sekarang.

2) Beli dan Simpan utk Diri Sendiri

Saya simpan untuk diri sendiri sahaja. Kalau beli barang kemas boleh pakai. Kalau beli jongkong emas atau dinar boleh simpanlah. Apa kegunaan nanti? Sangat banyak. Kebanyakan jongkong emas ini saya beli dan jika kemudian hendak pakai, saya akan pajak.

Bagi anda yang ada banyak hutang kad kredit dan tidak dapat bayar, pajak emas untuk bayar hutang kad kredit lebih berbaloi. Sebab kad kredit mengenakan cas yang tinggi, berbanding kos kita membayar kepada Arrahnu jauh lebih murah dan menguntungkan.

Selain menguntungkan, kita masih ada emas di tangan. Arrahnu tolong jaga sahaja.

Hadis nabi tentang kebaikan menyimpan emas

Hadis nabi tentang kebaikan menyimpan emas

Simpan Emas Bersama PowerGold

Hujung tahun lalu saya buat keputusan menjadi ahli PowerGold. Belum sampai tahap stokis lagi. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan harga lebih rendah di samping mengambil kesempatan dengan kumpulan yang kuat ini.

Saya rancangkan untuk menyimpan emas sekurang-kurangnya 100gm menjelang penghujung tahun 2016 nanti. Dan alhamdulillah sekarang baru bulan Februari 2016, saya telah pun memiliki 10gm. Nampak tidak mustahil untuk capai sasaran 100gm nampaknya.

Harga emas pada 17 Februari 2016 sudah mencecah hampir RM200 tau. Tiada masa yang sesuai untuk membeli emas, makin kita tunggu harga turun, harga naik pulak rupanya. Tunggu punya tunggu sampai sudah kita tidak beli.

Kalau anda terasa hendak beli emas, juga boleh hubungi saya. Jom sama-sama ambil peluang ini ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

16 thoughts on “Simpan Emas Untuk Pelaburan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      bolehlah menyimpan sikit2 cikgu. jom join grup kami. emas menarik emas. huhuh

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      selain kena jaga betul2, kena bayar zakat juga bila dah cukup

      Reply
  1. Nana Aris

    betul tu kak anah, nana pun sekarang dah mula simpan emas..sikit2 tukar ke emas duit simpanan tu..tengok nilai ringgit sekarang, tak mustahil lama kelamaan kayu pun lagi bernilai dari RM kita..kena beringat sebelum kena..hehe
    Nana Aris recently posted…bahayanya virus zikaMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      k anah baru beli cincin ala2 lord of the rings nana, hahah 6gm. ni tengah usha nak beli gelang ala2 pandora emas.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      baru2 ni saya pajakkan emas saya untuk buat modal bisnes. mudah sangat

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge