Setahun Pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

By | 13 February 2016
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz damailah kau di sana

Semalam genap setahun pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. Siapa yang tidak kenal Almarhum, serasa seantero dunia mengenali beliau sebagai tokoh yang sangat disegani.

Lebih 2 dekat Almarhum memimpin Kelantan sebelum beliau melepaskan jawatan kepada Menteri Besar sekarang disebabkan penyakit dan keuzuran.

Saya selalu juga mendapat perkhabaran setiap kali beliau jatuh sakit seperti dimasukkan ke hospital dan sebagainya. Bermula tahun 2014 lagi kesihatan beliau nampak sangat terjejas. Akhirnya pada 12 Februari 2015, Allah memanggil beliau kembali ke pangkuanNya.

Pandangan udara ketika jenazah TGNA di bawa dari Masjid Pulau Melaka menuju ke tanah perkuburan

Pandangan udara ketika jenazah TGNA di bawa dari Masjid Pulau Melaka menuju ke tanah perkuburan

Tarikh ini di tahun lalu saya sedang sarat mengandung. Sedang saya tidurkan anak, terdengar bunyi mesej masuk dalam wasap.

Saya buka grup wasap usrah saya juga. Khabar yang diberikan, sangat menyesak dada. Memang telah tahu beliau uzur dan mungkin tidak lama hayatnya, tetapi pemergiannya itu tetap dirasai. Duka kehilangan adalah satu perkara tidak tertanggung oleh kita yang telah ditinggalkan. Saya masih ingat, saya pun menangis teresak-esak dengan kuatnya tengah malam itu, sampai suami pun terjaga.

Gambar ini bagi saya nampak kubur Almarhum yang sangat luas. Inilah kuasa sedekah yang banyak. Subhanallah

Gambar ini bagi saya nampak kubur Almarhum yang sangat luas. Inilah kuasa sedekah yang banyak. Subhanallah

Seingat saya juga, semua orang tersentuh dengan pemergian beliau. Samada yang kenal rapat, atau sekadar mengenali beliau sebagai seorang tokoh tentu akan mengalir air mata menangisi pemergian beliau.

Kini telah setahun pemergian beliau. Apakah agaknya amalan baik yang beliau amalkan telah kita tiru? Semoga kasih sayang ini mampu mendekatkan kita kepada Allah s.w.t.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau, Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Alfatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

24 thoughts on “Setahun Pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

    1. Raihanah Ahmad Post author

      innalillah, semoga anak murid cikgu ditempatkan di kalangan orang soleh

      Reply
        1. Raihanah Ahmad Post author

          orang selalu sebut iman tidak dapat diwarisi. wallahualam

          Reply
  1. Arieon

    Saya mengagumi beliau sebagai seorang ahli politik yang benar-benar berjiwa rakyat. Kehilangannya merupakan satu kehilangan besar kepada politik negara.

    Sikap beliau harus dijadikan panduan dan contoh kepada semua ahli politik di Malaysia.

    Reply
  2. si bongkok

    Yang pernah saya terfikir laaa…

    Mungkin dalam diri arwah ada rasa sedikit terkilan kerana dalam tempoh beliau berada dalam arus politik – isu HUDUD yang beliau sangat2 konsisten untuk di bawa ke peringkat tertinggi dalam pemerintahan negara untuk dilaksanakan tidak tercapai….

    Diharap legasi sedia ada mampu meneruskan amanah yang dibawa oleh arwah sehingga satu hari ini perkara ini dapat tercapai untuk kebaikkan semua….ameen
    si bongkok recently posted…Betul Ke Orang Cakap Kalau Bisnes Maju Sebab Pakai Pelaris PerniagaanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge