Call nowWhatsapp

Tanggal 31 Januari 2016 sedang saya sewaktu sibuk-sibuk closing, saya dapat satu gambar daripada grup wasap saya (geng universiti). Terperanjat juga saya, rupanya kawan uni saya dulu baru berkahwin.

Tiada angin, tiada bunyi apa, tup-tup berkahwin. Walaupun saya suka dengar beliau berkahwin, saya nyatakan juga rasa sedih beliau tidak maklumkan kami tentang hajat pernikahannya.

Selamat pengantin baru, sahabat

Kawan saya ini, satu bilik dengan saya masa di uni dulu. Bertahun-tahun berkawan dengannya, kalau 5 tahun di uni, 5 tahunlah saya rapat dengannya. Sehinggalah dipisahkan dengan alam kerjaya.

Beliau di KL, saya di Subang Jaya. Bila di alam kerjaya, beliau saya boleh katakan beliau dan rakan-rakan yang lain lebih berjaya berbanding saya. Di sinilah kami jarang berhubung, mungkin juga sebab sibuk bekerja.

Banyak kenangan dengan beliau, suka duka, pahit manis. Katanya akan jemput masa kenduri nanti tanggal 13 Mac 2016. InsyAllah saya cuba hadir.

Doa untuk pengantin baru

Doa untuk pengantin baru

Buat sahabat saya ini, selamat pengantin baru.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)