Selamat Hari Lahir Sarah

By | 27 February 2016
Selamat hari lahir Sarah

Alhamdulillah hari ini genap baby Sarah berumur 1 tahun. Masih ingat lagi pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang Sarah pada tahun lalu. Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Ini juga kali pertama saya gunakan Shaklee daripada mengandung, bersalin, berpantang dan menyusu berbanding kedua-dua anak saya sebelum ini.

Sarah kini berusia setahun, alhamdulillah

Sarah kini berusia setahun, alhamdulillah

 

Antara pencapaian Sarah setakat ini:

  • Berat badan mencecah 9kg (atau mungkin lebih)
  • Panjang atau tinggi belum ukur, tetapi alhamdulillah normal dan average dengan bayi sebayanya
  • Makan berselera
  • Sudah boleh menyuap sendiri walaupun lebih banyak yang jatuh ke lantai
  • Sudah pandai menari ikut rentak
  • Bertatih, sudah boleh melangkah few steps tanpa pegang apa-apa
  • Sudah pandai sebut mama, baba
  • Gigi sudah 4 batang
  • Sudah pandai merampas makanan yang dia mahukan terutama aiskrim!
  • Pandai bergaul, selalu ingin bermain bersama abang-abang atau sepupunya

Sarah satu-satunya anak perempuan kami setakat ini, insyaAllah mama dan baba sentiasa doakan Sarah sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat, berjaya dalam keberkatan, menjadi anak solehah serta sentiasa menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bila sudah setahun, bolehlah saya tambahkan pengambilan suplemen untuk Sarah seperti Mealshake dan Omega Guard.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Selamat Hari Lahir Sarah

  1. mrhanafi

    wah seronoknya ada baby kecik..

    cuma tak lama rasai pengalaman tersebut sebab baby cepat membesar..

    secara logiknya ada sebab Allah SWT bagi fitrah macam tu..

    supaya kita sentiasa ada baby kecik..

    kalau bukan anak sendiri sudah tentu kita suka kepada baby orang lain pula..
    mrhanafi recently posted…Transfomasi Blog Bulan Mac 2016My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, budak ni sekejap je kan, masa inilah nak nikmati saat mereka kecil

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks auntie nana, happy bday nana juga 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge