Luka Melecur Pulih Dalam 3 hari

By | 29 February 2016
Pulih luka melecur dalam 3 hari

Masa saya tulis posting ini, kejadian baby Sarah terkena sudu panas pada bibirnya telahpun berlaku pada 5 hari yang lalu. Masa kejadian berlaku, saya sendiri pun rasa blank, satu benda sahaja terfikir ialah bawanya ke klinik.

Kejadian berlaku dalam pukul 6 lebih lepas saya mandikan Sarah. Bila terkena tu, suami tiada di rumah sebab ambil Hakim di sekolah. Jadi kami tunggu suami balik, kami ke klinik pada jam 7 malam itu.

Alhamdulillah, luka tidak banyak. Hanya terkena bibir dan sedikit pada pipi. Doktor berikan ubat sapu luaran dan bibir di samping paracetamol untuk tahan sakit.

Luka melecur Sarah pada hari kejadian

Luka melecur Sarah pada hari kejadian

Satu perkara tentang Shaklee, tidak semua testimoni ada dalam blog saya. Hanya yang ada adalah apa yang saya pernah gunakan, kejadian yang berlaku dalam hidup kami sekeluarga atau jika terdapat pelanggan yang hubungi saya berkenaan masalah sekian-sekian.

Kali pertama masalah lecur berlaku, jadi inilah kali pertama saya posting berkenaan ini. Alhamdulillah Shaklee tidak pernah menghampakan setakat ini. Apapun, Allah ada, semua ini hakikatnya daripada Allah juga. Allah yang Maha Menyembuhkan jua.

Menilai Situasi Lecur

Pertama sekali apabila berlaku kecemasan, sentiasa nilai dahulu situasi lecur. Ada beberapa peringkat kecederaan lecur.

Peringkat Kecederaan Lecur

Perhatikan tanda-tanda terbakar berapa degree. Selepas air panas tertumpah pada kulit, anda perlu fikirkan tahap kecederaan. Burns atau terbakar dikategorikan oleh tahap, di mana tahap yang lebih tinggi bermakna luka terbakar yang teruk.

Melecur Tahap 1

Luka melecur tahap 1

Luka melecur tahap 1

Kecederaan pada permukaan kulit ditakrifkan pada level pertama. Tanda-tanda anda mengalami kecederaan melecur degree pertama termasuk:

  • Kerosakan pada lapisan atas kulit
  • Kering, merah, dan kulit yang menyakitkan
  • Mulit melecur, atau beralih putih, apabila anda menekan di atasnya

Biasanya lecur tahap 1 akan sembuh dalam masa 3-6 hari tanpa parut

Melecur Tahap 2

Luka melecur tahap 2

Luka melecur tahap 2

Jika air adalah lebih panas atau anda terdedah untuk tempoh yang lebih lama, kemungkinan adalah melecur tahap 2. Gejala-gejala termasuk:

  • Kerosakan kepada dua lapisan kulit anda, tetapi hanya dalam kapasiti cetek pada lapisan kedua
  • Kemerahan dan cecair bocor di tapak luka
  • Melepuh boleh membentuk
  • Lecur di sisi kemerahan apabila anda tekan di atasnya
  • Sakit pada kulit apabila disentuh lembut dan dengan perubahan suhu

Ini mengambil masa satu hingga tiga minggu untuk sembuh dan mungkin akan berparut atau kelihatan kehitaman di tempat lecur.

Melecur Tahap 3

Luka melecur tahap 3

Luka melecur tahap 3

Melecur tahap ketiga berlaku apabila air yang terlalu panas atau anda terdedah untuk tempoh yang lebih lama. Gejala-gejala tahap ini adalah:

  • Kerosakan kepada dua lapisan kulit anda yang menembusi jauh ke dalam, tetapi tidak sepenuhnya melalui, lapisan kedua
  • Sakit di tapak yang terbakar apabila ditekan dengan kuat
  • Kulit tidak akan pucat, atau bertukar putih, apabila ditekan
  • Lepuh terbentuk di tapak yang terbakar

Ini mengambil masa lebih daripada tiga minggu untuk sembuh dan mungkin akan meninggalkan parut.

Melecur Tahap 4

Luka melecur tahap 4

Luka melecur tahap 4

Melecur tahap keempat adalah luka yang paling teruk. Ini adalah kecederaan yang teruk dan perlu diambil serius. Gejala-gejala termasuk:

  • Kerosakan sepenuhnya melalui kedua-dua lapisan kulit anda, selalunya dengan kerosakan kepada lemak dan otot
  • Ia tidak menyakitkan
  • Perubahan warna di sisi terbakar, yang akan bertukar putih, kelabu atau hitam
  • Kekeringan di tapak yang terbakar

Jika ini berlaku, memerlukan pembedahan  dengan mungkin dimasukkan ke hospital.

Melecur Tahap Teruk

Luka melecur tahap teruk

Luka melecur tahap teruk

Tidak kira apa tahap luka melecur atau terbakar, luka melecur boleh dianggap tahap teruk jika ia meliputi sendi atau majoriti badan anda. Jika anda mempunyai apa-apa komplikasi dengan tanda-tanda penting anda atau tidak boleh melakukan aktiviti normal kerana terbakar, ia boleh dianggap tahap yang teruk.

Masa Sarah terkena, saya tidak pasti apakah tahap kecederaannya, saya bimbang kalau ada air panas yang masuk ke dalam badannya. Jadi sebab itulah saya terburu-buru bawanya ke klinik. Dalam fikiran saya harapkan hanya kecederaan tahap 1. Memang menangis tengok Sarah masa ini walaupun tidak teruk.

Luka Melecur Pulih Dalam 3 hari

Sarah baru masuk 1 tahun. Dalam hal melecur, ada beberapa tips yang saya praktikan kepada Sarah. Alhamdulillah luka dalam bibir pun pulih, luka kulit luar pun makin kering hanya dalam tempoh 3 hari.

Antara yang saya buat adalah:

1. Pengambilan Suplemen

Disebabkan Sarah masih menyusu, maka saya tingkatkan pengambilan suplemen saya (dari segi dos). Antaranya

  • Nutriferon untuk meningkatkan fungsi interferon melawan penyakit dan jangkitan
  • Vivix bersifat anti radang, mengelakkan bengkak
  • Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi dan meningkatkan sistem imun, lagipun Sarah sedang alami selesema
  • Zinc Complex untuk membantu penyembuhan luka

Dalam banyak-banyak suplemen di atas, Nutriferon sahaja yang saya bagi secara oral kepada Sarah. Sedikit sahaja dalam secubit gitu.

2. Krim sapu

Untuk krim sapu, saya tidak gunakan krim yang doktor bekalkan. Sebab pernah adik ipar saya gunakan kepada anaknya, kulit anak jadi kering. Jadi saya gantikan dengan

  • Herbal blend sapu semasa luka masih berair
  • Vita E Complex sapu apabila luka telah kering untuk elakkan berparut.

Inilah gambar baby Sarah masa hari ke 4. Masa ini luka telah kering. Sekarang masih dalam proses menghilangkan parutnya.

Luka melecur pulih dalam 3 hari

Luka melecur pulih dalam 3 hari

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

4 thoughts on “Luka Melecur Pulih Dalam 3 hari

    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya, tinggal parut je kena start pulihkan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya, tinggal parut je kena start pulihkan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge