Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Virus Zika

By | 2 February 2016
Ancaman virus zika

Sekarang ini sedang kecoh juga berkenaan virus terbaru, iaitu virus Zika yang dikatakan boleh berumah daripada nyamuk Aedes. Negara kita banyak dilaporkan kes demam denggi yang berasal daripada nyamuk Aedes. Jadi bila menularnya virus Zika, memanglah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi amaran awal tentang virus ini walaupun belum dikesan di negara kita.

Seriusnya KKM dalam isu ini saya kira sangat perlu. Minggu lalu semasa saya ke Giant, terserempak dengan booth promosi KKM di sana. Mereka memberikan maklumat tentang nyamuk Aedes dan turut memberikan sampel percuma ubat jentik-jentik. Benda percuma apa lagi banyak juga saya ambil.

Fakta Tentang Virus Zika Yang Anda Harus Tahu

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes

Virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, sama seperti demam denggi dan chikungunya.

Gejala Virus Zika

Gejala virus Zika adalah sama seperti demam denggi biasa seperti demam panas, ruam, sakit mata, dan sakit sendi yang berlarutan selama 2 hari hingga seminggu. World Health Organization (WHO) sendiri mengakui bahawa virus ini hanya membawa gejala ringan bagi seseorang yang berkeadaan normal.

Gejala Tidak kronik – tetapi jangan pandang remeh

Dilaporkan hampir 80% daripada mereka yang mempunyai virus ini tidak menyedarinya langsung dan kebanyakan mereka tidak memerlukan rawatan khusus untuk pulih.

Walaupun perkara ini mungkin melegakan, saintis melihat ia sebagai menakutkan kerana ini bermaksud ramai orang berpotensi menjadi pembawa virus Zika secara senyap sepanjang dijangkiti.

Tiada Ubat dan Vaksin Virus Zika

Buat Masa ini masih belum ada ubat untuk merawat atau mencegah penularan virus Zika, terutama untuk ibu hamil.

Tiada ubat dan vaksin untuk Virus Zika buat masa ini

Tiada ubat dan vaksin untuk Virus Zika buat masa ini

Virus Zika dikaitkan dengan punca bayi berkepala kecil

Virus Zika dipercayai penyebab bayi yang dilahirkan mengalami keadaan dikenali sebagai “microcephaly”. Bayi yang dilahirkan dengan keadaan ini mempunyai saiz kepala yang kecil, sehingga boleh mengganggu perkembangan otaknya.

Meskipun terdapat kebarangkalian punca lain, terdapat bukti membimbangkan yang mengaitkan virus Zika dengan microcephaly.

Bayi dilahirkan di Brazil yang telah terdedah kepada virus Zika lahir dengan kepala kecil

Bayi dilahirkan di Brazil yang telah terdedah kepada virus Zika lahir dengan kepala kecil

Jauhi 22 negara ini

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika mengeluarkan larangan kunjungan ke 22 buah negara ekoran wabak virus Zika yang semakin menular.

23 negara terancam dengan virus zika

23 negara terancam dengan virus zika

Antara 22 negara tersebut adalah

  1. Bolivia
  2. Equador
  3. Guyana
  4. Brazil
  5. Colombia
  6. El Salvador
  7. French Guiana
  8. Guatemala
  9. Honduras
  10. Mexico
  11. Panama
  12. Paraguay
  13. Suriname
  14. Venezuela
  15. Barbados
  16. Saint Martin
  17. Haiti
  18. Martinique
  19. Puerto Rico
  20. Guadeloupe
  21. Samoa
  22. Cape Verde

Orang Awam Perlu Peka

Walaupun negara kita masih belum termasuk dalam lingkaran amaran tersebut, KKM menekankan orang awam supaya ambil langkah berjaga-jaga kerana wabak tropika ini mudah merebak melalui nyamuk.

Jangan Leka, Ambil Langkah Pencegahan Sekarang

  1. Ibu hamil elakkan membuat lawatan ke negara terbabit
  2. Pakai pakaian yang menutupi keseluruhan badan seperti seluar panjang dan baju lengan panjang
  3. Elakkan berada di luar rumah sebelum jam 8 pagi atau selepas jam 6 petang
  4. Gunakan ubat nyamuk yang disarankan secara tetap
  5. Gunakan kelambu semasa tidur
  6. Selalu membersihkan persekitaran dan bersihkan air bertakung, sekurang-kurangnya seminggu sekali
  7. Gunakan pelindung nyamuk pada pintu dan tingkap
Langkah Pencegahan Virus Zika Seperti Saranan WHO

Langkah Pencegahan Virus Zika Seperti Saranan WHO

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

32 thoughts on “Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Virus Zika

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, menakutkan sebab kesian efek baby tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itu tak pastilah MV, saya pun tak semak kesahihannya tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa memang doktor pun cakap nyamuk dah berevolusi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      berita pasal thailand dah ada kes memang dah ada, tapi indonesia punya kes saya belum dpt baca lagi

      Reply
  1. sabree hussin

    Lain macam betul virus ni. Satu nyamuk boleh membawa macam-macam jenis virus.

    Seolah-olah nyamuk tersebut, yang mudah untuk hidup di macam-macam jenis climate telah di “genetic engineering” kan untuk membawa pelbagai jenis penyakit sebagai satu bentuk serangan dan sebagai satu bentuk senjata biologi.

    Nyamuk tak perlukan VISA, Pasport dan sebarang dokumen untuk masuk ke sesebuah negara. Menjadikan ia sebagai perfect killing machine. Sekian dulu, teori konspirasi dari saya 😀
    sabree hussin recently posted…Adakalanya kita perlu banyak berkongsi untuk capai lebih banyak impian yang dihajatiMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada juga dengar konspirasi camni. tapi apapun kenalah kita precaution ya

      Reply
  2. Perdu Cinta

    subhanAllah..kita semua berdoa moga negara kita bebas daripada apa yang sedang berlaku sekarang..risau sebenarnya..terima kasih perkongsian ini..

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an rakyat malaysia tidak terkesan dengan virus ini

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge