Cara Mudah Membeli Belah Di Lazada

By | 5 February 2016

Sejak 2 menjak ini macam suka pula shopping dengan lazada. Macam-macam ada. Semalam saya teringat saya belum belikan beg sekolah KAFA untuk Hakim. Jadi saya terus terjah lazada.com.my sebab sebelum ini pernah window shopping dan nampak beg yang diminati agak murah juga.

Jom terjah cara membeli belah di Lazada

Cara Membeli Belah di Lazada

Langkah 1: Masuk website lazada di lazada.com.my.

Anda akan dapati skrin seperti di bawah. Jika anda sememangnya pernah mendaftar dengan lazada, bolehlah klik Login di kotak merah yang saya highlight. Jika anda pertama kali membeli dengan lazada, boleh Signup dahulu.

Cara Mudah membeli belah di lazada

Cara Mudah membeli belah di lazada

Langkah 2: Carian

Mana-mana barangan yang mempunyai sale yang banyak, biasanya lazada akan letakkan pada highlights seperti dalam skrin di bawah. Atau pun anda boleh klik pada kategori di sebelah kiri. Pilihlah kategori yang anda inginkan.

Pilihan kategori untuk membeli belah di lazada

Pilihan kategori untuk membeli belah di lazada

Atau anda boleh tuliskan apakah yang anda inginkan dan klik Search.

Carian barangan yang anda inginkan untuk membeli belah di lazada

Carian barangan yang anda inginkan untuk membeli belah di lazada

Langkah 3: Pilih item

Semalam saya pilih beg sama seperti dalam skrin ini. Karrimor Metro 30L Backpack. Saya dapati brand Karrimor ini tahan lasak dan selesa jadi saya pilih jenama ini. Hakim ada sebuah lagi beg yang sama beliau gunakan untuk ke sekolah kebangsaan.

Saya lihat banyak beg sekolah walaupun di Giant harga pun rm60 ke atas, jadi bagi saya memang berbaloi kalau ambil jenama Karrimor yang berharga RM86 harga selepas promosi. Kalau perasan, barangan ini dijual oleh sports direct melalui lazada.

Saya ada highlight tambahan promosi sebanyak 5% jika pengguna kad kredit HSBC. Promosi tambahan ini berbeza setiap hari. Macam semalam saya berjaya membuat pembelian dengan tambahan 12% bagi pengguna kad kredit RHB. Mujur juga saya beli semalam, saya hanya bayar RM86 sahaja untuk beg Karrimor.

Jika anda sudah pasti dengan pilihan anda, klik Add To Cart.

Pilih item untuk membeli belah di lazada

Pilih item untuk membeli belah di lazada

Langkah 4: Checkout

Pop up skrin seperti di bawah akan keluar sebaik sahaja anda klik Add to Cart. Sekiranya anda ingin membeli belah lagi, boleh klik Continue Shopping. Sekiranya anda tidak lagi mahu membeli, boleh klik Checkout.

Checkout selepas membeli belah di lazada

Checkout selepas membeli belah di lazada

Langkah 5: Maklumat Penghantaran

Isikan maklumat penghantaran anda. Kalau anda ada alamat baru, boleh Add Another Address. Kalau tidak, hanya pilih alamat penghantaran anda dan terus klik Continue.

Perhatikan penghantaran adalah percuma.

Penghantaran percuma selepas membeli belah di lazada

Penghantaran percuma selepas membeli belah di lazada

Langkah 6: Pembayaran

Isikan makluma pembayaran anda. Pilih cara membuat pembayaran, mudahnya pakai kad kredit yang ada promosi tambahan tadi. Kalau HSBC ada tambahan promo bolehlah gunakan kad HSBC.

Siap mengisi maklumat pembayaran, boleh klik Place Your Order.

Membuat pembayaran untuk membeli belah dengan Lazada

Membuat pembayaran untuk membeli belah dengan Lazada

Selesai membuat pembayaran, lazada akan menghantar emel kepada anda memaklumkan berkenaan pembelian yang anda telah buat.

Saya buat pembayaran semalam jam 9.30 malam, dan saya lihat pagi ini barang saya telah pun diposkan.

Dalam masa beberapa jam sudah dapat emel barang yang di beli di lazada telah dipos

Dalam masa beberapa jam sudah dapat emel barang yang di beli di lazada telah dipos

Mudahkan. Apalagi bolehlah beli belah di lazada.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

6 thoughts on “Cara Mudah Membeli Belah Di Lazada

    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo patutla ada yang report berhari-hari baru sampai

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge