Buta Disebabkan Diabetes: Retinopati Diabetes

By | 10 February 2016
ancaman buta retinopati diabetes

Saya pernah jumpa kawan-kawan yang saya bekerja bersama mempunyai diabetes sehingga tahap mata sudah rabun. Ada kala dia masih boleh datang ke pejabat, tetapi ada banyak masa yang mata tidak nampak langsung sehingga menjejaskan komitmen kerja.

Masalah buta mata disebabkan diabetes disebut sebagai retinopati.

Tengok dulu gambar dibawah. Penglihatan normal vs RETINOPATI.

Perbezaan pandangan normal dan pandangan pesakit dengan retinopati diabetes

Perbezaan pandangan normal dan pandangan pesakit dengan retinopati diabetes

Retinopati Di Kalangan Pesakit Diabetes

Fakta yang menakutkan : 9/10 orang pengidap DIABETES akan mengalami kerosakan pada mata (retina) dalam masa 20 tahun jika paras gula tidak terkawal!

Saraf-saraf retina ini terlalu kecil mudah rosak. Kita tahu Diabetes akan mengakibatkan saraf rosak. Saraf-saraf ini rapuh dan tidak mampu membawa oksigen akhirnya lemah dan pendarahan berlaku.

carta retinopati diabetes

Carta retinopati diabetes

Retina merupakan lapisan yang sensitif terhadap cahaya di belakang mata yang menukarkan cahaya kepada isyarat elektrik. Isyarat itu dihantar ke otak dan otak mentafsirkannya menjadi imej yang anda lihat.

Retina memerlukan bekalan darah yang tetap dimana ia menerima bekalan darah ini melalui rangkaian saluran darah yang halus. Disebabkan itu, sekiranya paras gula darah yang tinggi secara berterusan boleh merosakkan saluran darah dalam tiga peringkat utama:

  1. Retinopati latar belakang: Bonjolan kecil berkembang di dalam saluran darah, benjolan ini boleh berdarah sedikit tetapi biasanya tidak menjejaskan penglihatan anda.
  2. Retinopati pra-proliferatif: perubahan yang lebih teruk dan meluas di mana telah menjejaskan saluran darah, termasuk terdapat pendarahan yang ketara ke dalam mata.
  3. Retinopati proliferatif: adalah keadaan di mana tisu parut dan saluran darah baru telah menjadi lemah dan mudah berdarah dan keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan

Siapakah Berisiko Mendapat Retinopati Diabetes?

Bagi anda yang mengalami Diabetes jenis 1 atau diabetes jenis 2, anda adalah berisiko mendapat retinopati diabetes.

Anda berada pada risiko yang lebih besar jika anda:

  • Telah mempunyai diabetes untuk masa yang lama
  • Mempunyai gula darah yang berterusan tinggi (darah glukosa)
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Mempunyai kolesterol yang tinggi
  • Hamil

Dengan mengekalkan tahap gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol anda di bawah kawalan, anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat retinopati diabetes.

Simptom Retinopati Diabetes

Kebiasaannya tanda-tanda retinopati diabetes bukan pada tahap awal diabetes, tetapi sekiranya paras gula anda tidak terkawal, kemungkinan besar anda boleh mendapat simptom-simptom awal retinopati diabetes. Di antara simptom adalah:

  • Penglihatan anda semakin teruk secara perlahan-lahan
  • Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba
  • Terdapat bentuk terapung di dalam penglihatan anda (floaters)
  • Penglihatan kabur
  • Sakit mata atau kemerahan

Gejala-gejala ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai retinopati diabetes, tetapi ia adalah penting untuk mendapatkan mereka diperiksa.

Rawatan Khusus Untuk Masalah Retinopati Diabetes

Rawatan untuk retinopati diabetes adalah perlu jika saringan mengesan masalah retinopati.
Rawatan utama untuk retinopati diabetes yang lebih maju adalah:

  • Rawatan laser
  • Suntikan ubat ke dalam mata anda
  • Pembedahan untuk mengeluarkan darah atau tisu parut dari mata anda
Rawatan Laser Untuk Retinopati Diabetes

Rawatan Laser Untuk Retinopati Diabetes

Kurangkan risiko retinopati diabetik

Anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat retinopati diabetes, atau membantu mengelakkan ia semakin teruk. Antaranya adalah:

  • Mengawal paras gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol anda
  • Mengambil ubat kencing manis seperti yang sudah ditetapkan
  • Menghadiri semua perlantikan pemeriksaan anda
  • Mendapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda melihat apa-apa perubahan kepada penglihatan anda
  • Mengekalkan berat badan yang sihat, makan makanan yang sihat, seimbang, bersenam secara tetap dan berhenti merokok.

Shaklee Dan Masalah Retinopati Diabetes

Bagi pesakit diabetes, seharusnya jangan tunggu lama-lama untuk mendapatkan rawatan. Biasa saya dengar pesakit diabetes memang helpless, mereka selalu kata “diabetes tidak boleh diubati, sebaliknya hanya dikawal.” Sebenarnya kata-kata ini telah menyebabkan anda tidak mahu berikhtiar.

Testimoni pesakit retinopati diabetes pulih dengan Vivix

Testimoni Pesakit Retinopati Diabetes pulih dengan Vivix

Setiap penyakit pasti ada penawarnya, itulah hikmahnya Allah jadikan kita semua berbeza-beza. Hikmahnya agar kita boleh mengambil hikmah daripada pelbagai pihak.

Bagi masalah retinopati diabetes, puncanya adalah bermula daripada saraf. Saraf yang telah rosak disebabkan oleh paras gula yang tidak terkawal. Justeru adalah penting untuk merawat punca masalah ini, termasuklah mengawal paras gula.

Antara produk yang boleh diambil untuk masalah retinopati diabetes adalah:

Vivix

Ramuan Vivix menjadikannya penawar terbaik untuk penyakit kronik seperti Diabetes

Ramuan Vivix menjadikannya penawar terbaik untuk penyakit kronik seperti Diabetes

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Polifenol yang terdapat dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakan kerosakan mata dan menggalakan penyembuhan luka dengan segera.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protin AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

BComplex

Vitamin B12 adalah nutrien yang paling penting untuk sistem saraf. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan neuropati periferal. Orang yang kekurangan vitamin B12 boleh mengalami rasa lemah, sakit, kebas, kesemutan, kejang otot dan sensasi terbakar.

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

Vitamin B membantu mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi saraf. Kita tahu bahawa kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakan saraf di tangan dan kaki. Menambahkan vitamin B, terutama B6 dan B12 boleh mengurangkan rasa kebas pada pesakit diabetes dan membantu pesakit diabetes dengan masalah retinopati diabetes.

Satu kajian yang dibentangkan pada bulan Jun 2009 oleh Sesyen Saintifik Tahunan Persatuan Diabetes Amerika mendapati terdapat kaitan di antara B12, neuropati periferal, serta gangguan yang menyebabkan komunikasi yang lemah antara otak dan saraf tunjang.

Asid Lemak Omega 6: GLA Complex

Pesakit diabetes memerlukan asid lemak sihat iaitu GLA Complex. GLA Complex sangat penting sebagai agen anti radang serta dapat mengurangkan simptom sakit saraf kepada pesakit diabetes. Dengan pengambilan GLA Complex pesakit diabetes dapat:

  • Mengurangkan kekebasan dan kesakitan tapak kaki dan tangan
  • Memelihara kesihatan sistem saraf
  • Mengurangkan risiko amputasi pada kaki dan betis

Di pasaran, terdapat GLA daripada sumber lain contohnya

  • Blackcurrent oil (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja)
  • Evening Primrose – memberikan 7-10% kepekatan sahaja

Namun, GLA Complex pula dari adalah daripada ekstrak bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17 – 25% GLA.

Kajian terhadap GLA Complex mengesahkan ia mempunyai kesan baik terhadap diabetes

Kajian terhadap GLA Complex mengesahkan ia mempunyai kesan baik terhadap diabetes

Ayuh bersama kita sembuh daripada diabetes dan komplikasinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

34 thoughts on “Buta Disebabkan Diabetes: Retinopati Diabetes

    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai dah kena. dan pesakit diabetes semakin bertambah dari sehari ke sehari

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kesian, macam kawan saya tu kadang boleh datang meeting, adakala memang tak dapat datang sebab mata tak nampak

      Reply
  1. Datin Tyka

    saya pon dok risau sekarang sebab dilahirkan as “diabetic baby”
    dengan keadaan badan sekarang yang 105kg.
    doktor suruh turunkan berat badan.
    haritu cek, tak ada kencing manis.
    tapi takkan nak tunggu sakit baru nak jaga badan kan.
    heeee.
    doakan DT ye
    Datin Tyka recently posted…Mula Balik Dari BawahMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      berat badan berlebihan berisiko dapat pelbagai penyakit. betul tu DT jangan tunggu sakit. Kena usahakan turun berat badan tu. insyaAllah #yucanduit

      Reply
        1. Raihanah Ahmad Post author

          3 hari pertama memang susah, most challenging part. lepas tu petik jari je. hihih

          Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bcompleks antara yang asas untuk diambil sis. selalu2lah ambil ya. 2 biji sehari

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      insyaAllah boleh, setiap penyakit pasti ada penawar

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena pandai manage diabetes kalau dah terkena. jangan tinggi lebih drpd 7

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ambil langkah pencegahan, kalau dah terkena mehla cuba shaklee

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ambillah suplemen yang lain ciktom yang kurangkan selera makan juga

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge