Rawatan Alternatif Bell Palsy

By | 11 February 2016

Sudah agak lama saya hendak tuliskan berkenaan Bell Palsy, hajatnya bulan Januari 2016. Tetapi sudah lajak ke bulan Februari 2016 pula. Tetapi tak mengapalah, ada hikmahnya itu.

Saya tahu lebih dekat tentang penyakit ini sejak tahun lepas apabila ada suami kepada mak usrah saya yang terkena dengan penyakit ini. Masa itulah saya pun dimaklumkan bell palsy bukanlah strok.

Apa yang saya cadangkan kepada Umi, adalah pengambilan Vivix. Masa itu Umi di Kota Bharu, jadi beliau ambil Vivix melalui kawannya di sana. Tidak mengapa juga, asalkan Umi sudah tahu apa alternatif yang boleh beliau manfaatkan.

Apakah Bell Palsy

Anatomi Bell Palsy

Anatomi Bell Palsy

Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy.

Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya bell palsy berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga. Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.

Simptom Penyakit Bell Palsy

Antara simptom atau petanda kepada penyakit ini adalah:

  • Bentuk muka seakan jatuh sebelah.
  • Mata tidak boleh dikerdip dan tutup
  • Senyuman dan pergerakan bibir terganggu
  • Lidah mengeras
  • Kening juga seperti berkerut dan terangkat
  • Air liur meleleh
  • Hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.
  • Rasa kebas
  • Sakit bahagian telinga
  • Rasa kelainan pada lidah

Mereka yang berisiko mendapat bell palsy adalah:

  • Mereka yang berusia
  • Wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid,
  • Remaja
  • Mereka yang mengalami stres

Rawatan Bell Palsy

Hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy.

Kebiasaannya doktor akan membekalkan ubat seperti steroid, namun ada yang tidak memerlukan langsung steroid ini. Ada juga kes dimana memerlukan pembedahan sekiranya terdapat kelumpuhan menyeluruh. Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat.

Tips Rawatan Penyakit Bell Palsy

  • Pastikan tutup mata menggunakan surgical tape apabila tidur, ini disebabkan mata tidak boleh berfungsi seperti biasa.
  • Gunakan eye lubricant yang telah dicadangkan oleh pakar mata sahaja. Eye lubricant sangat penting supaya mata tidak kering. Mata yang kering akan mempercepatkan mata rosak atau buta.
  • Jangan urut muka. Saraf yang sakit akan pulih dengan sendirinya.
  • Boleh amalkan pengambilan ubat yang telah diberikan oleh doktor seperti antibiotik dan steroid. Ubat yang dibekalkan doktor untuk merawat jangkitan viral dan steroid pula untuk merawat keradangan.
  • Amalkan pengambilan suplemen yang tinggi vitamin B12 (dalam BComplex) dan Vivix untuk memulihkan sel-sel serta Nutriferon. Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun badan sebab apabila terkena Bell Palsy, sistem imun badan anda sedang lemah.
  • Banyakkan bersenam dan kawal tekanan anda.
  • Elakkan tidur di dalam aircond atau betul-betul di bawah kipas. Kesejukan yang melampau boleh membuatkan penyakit ini menyerang.
  • Jaga pemakanan anda, pastikan makan makanan yang boleh menaikkan sistem imun anda.

Suplemen Untuk Bell Palsy

Masalah Bell Palsy adalah untuk merawat saraf dan juga keradangan. Seperti yang dituliskan di atas, suplemen terbaik untuk penyakit Bell Palsy:

BComplex

Vitamin B membantu mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi saraf. Kita tahu bahawa kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakan saraf di tangan dan kaki.

Satu kajian yang dibentangkan pada bulan Jun 2009 oleh Sesyen Saintifik Tahunan Persatuan Diabetes Amerika mendapati terdapat kaitan di antara B12, neuropati periferal, serta gangguan yang menyebabkan komunikasi yang lemah antara otak dan saraf tunjang.

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

Justeru pengambilan BComplex adalah sangat penting kepada pesakit Bell Palsy. BComplex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan dalam jumlah yang harmoni untuk kebaikan sistem saraf.

Vivix

Vivix mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi. Vivix juga mengandungi Ellagic Acid iaitu sejenis bahan antikanser dan antiradang.

Vivix kaya antioksidan dan polifenol

Vivix kaya antioksidan dan polifenol

Polifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak). Disebabkan itu, peranan Vivix untuk mengurangkan AGE agar dapat merawat masalah saraf kepada pesakit Bell Palsy.

Nutriferon

Nutriferon membantu meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus meningkatkan tindakbalas sistem imun badan.

Ramuan Nutriferon membantu menguatkan sistem imun

Ramuan Nutriferon membantu menguatkan sistem imun

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Pengambilan Nutriferon oleh pesakit Bell Palsy adalah untuk membantu meningkatkan imun tubuh.

Testimoni Vivix bell palsy

Testimoni Vivix bell palsy

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

36 thoughts on “Rawatan Alternatif Bell Palsy

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu nana, bila study pasal bell palsy baru tahu kita ni golongan berisiko

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu kakzakie. ada kawan saya ni dari remaja lagi ada bell palsy. baru hendak cuba shaklee sekarang ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu kak, saya pun bila nak tulis kena study dulu. barulah tahu bezanya

      Reply
  1. DRAMATIC UNIQ

    Pernah jumpa orang yang kena bell palsy ni, memang mengejut je. Hari ni jumpa elok, minggu depan dah senget sedikit muka dan mulut. Dia cakap pun dah kurang jelas sebab otot dekat mulut tu macam keras.

    Nanti saya syorkan Shaklee… 🙂

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, rawatan alternatif sebab dunia perubatan sendiri tiada ubat atau nak jauhkan dripada bergantung kepada ubat-ubatan

      Reply
  2. miss mirror

    Ada certain org bermula dgn selsema. Ada juga berpunca dari salah tido (urat terple’ot sebab salah baring).
    Inshaallah, selalunya 2 minggu akan pulih.

    Reply
  3. Sobri Mansor

    Terbaik perkongsian ini. Saya betul-betul faham maksud bell palsy. Memang ramai yg bagitau kelebihan vivix. Terima kasih atas perkongsian ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge