Ayuh Hidup Dengan Positif

By | 9 February 2016
Hidup dengan positif

Ayuh hidup dengan positif

Baru-baru ini saya termenung dan fikirkan banyak perkara. Salah satunya tentang bagaimana pantasnya anak-anak membesar. Anak sulung saya sudah berumur 8 tahun. Mula sekolah tahun lepas pada 7 tahun kebanyakan masanya memang di sekolah. Bayangkan daripada jam 7.30 pagi – 10.30 pagi sekolah KAFA dan sambung jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang sekolah kebangsaan. 8 jam di sekolah, 8 jam tidur (malam), jadi hanya tingga 8 jam sahaja dia sedar dan berada di rumah.

Mulakan hari dengan ceria dan positif

Bila fikirkan itu, saya terfikir apalah perlunya untuk jadi garang pada anak-anak. Saya bukanlah garang sangat, tetapi kalau anak-anak buat perangai keluar juga “singa” itu. Tambah-tambah waktu pagi sebab apabila kita kecoh mengejar masa untuk siapkan anak-anak ke sekolah, siapkan makan minum dan kita sendiri perlu bersiap ke pejabat.

Jadi semalam saya cuba juga untuk jadi seorang yang positif di pagi hari. Hakim pun ceria sahaja pagi tu. Cuma memang mencabar juga semalam terutama daripada Faiz. Kami ke kedai runcit sebanyak 3 kali semalam.

  • Sekali tidak beli apa sebab tak bawa duit mencukupi. Saya ingat dia hanya hendakkan air kotak, jadi saya bawa RM2 sahaja. Tetapi rupanya dia mahukan benda lain.
  • Kali kedua. Belilah apa yang dihajatinya. Melayang RM8.
  • Kali ketiga. Faiz hendak air upin pulak. Sedangkan tadi pergi dia tidak mahu.

Alhamdulillah berjaya menangani tekanan saya, layan kemahuannya, hantarnya ke sekolah dengan ceria. Cuba teka apa yang berlaku?

Bila saya balik kerja, alhamdulillah semuanya jalan dengan lancar. Anak-anak tiada yang terpekik, menjerit, menangis meminta perhatian seperti biasa. Semua well behave. Allah, saya rasa mahu putarkan semula semalam. Saya rasa sangat tenang juga, boleh jaga anak-anak dengan ceria dan bahagia.

Sebelum ini pun bahagia juga, cuma kali ini berganda-ganda bahagianya.

Sebab itu pagi-pagi penting untuk ceria. Di samping memberikan mood dan kesan positif seharian, ia juga dapat membantu pembelajaran anak-anak dengan lebih baik di sekolah mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Ayuh Hidup Dengan Positif

  1. si bongkok

    Karenah anak-anak ini kadang2 mencabar jiwa & raga juga….

    Sedaya yang mungkin untuk bersabar dan kadangkala tewas juga…

    Selamat bercuti ya puan!

    Reply
  2. Datin Tyka

    oh singa jugak la ni? haha
    sebenarnya hidup ini memang kena sabar dan sentiasa positif.
    sebab tu ada pakar motivasi ajar.
    pagi2 terus positif dan terus senyum kerana ia akan buat kita sentiasa positif pada hari tersebut.
    Datin Tyka recently posted…Mula Balik Dari BawahMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sekarang ni saya belajar banyak senyum terutama kat anak2. sebab anak no 2 saya tu selalu cakap dengan saya “mama, senyumlah”. nampak sangat saya ni kalau marah memang tak senyum dah. huhuh

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge