Anak Selalu Demam: Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak

By | 15 February 2016
Tingkatkan sistem imun anak-anak

Bila ada anak ini, memang berpengalamanlah berdepan dengan masalah kesihatan anak-anak. Sistem imun anak-anak bukan macam kita dewasa ini. Macam anak-anak saya, mereka hadapi masalah begini:

  1. Anak sulung – masalah tonsil pada usia 4 tahun (tatkala mula sekolah tadika), menyebabkan setiap bulan demam panas (berlarutan selama 7 bulan) sehingga kami membuat rujukan ke HKL. Doktor pakar sahkan sudah ada asthma.
  2. Anak kedua – masalah demam panas pada usia 3 tahun (tatkala mula sekolah tadika), tidak suka makan ubat menyebabkan peparu penuh dengan kahak. Dapat pneumonia selepas 4 siri demam panas.
  3. Anak bongsu – hidung ketat dari lahir, berlarutan hingga 6 bulan sehingga doktor sahkan ada bronchitis dan asthma.

Selama hadapi masalah itu memang macam-macamlah yang kami gunakan. Ubat pun macam-macam, suplemen pun macam-macam.

Sistem Imun Kanak-kanak berbeza

Secara semulajadinya sistem imun badan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa dan sebab itu senang terdedah kepada jangkitan lebih-lebih lagi kanak-kanak yang dihantar ke taska/nursery/pusat jagaan harian. Sebab itu macam anak-anak saya, sebaik masuk tadika, terus selalu kena demam. Ini juga disebabkan badan hendak biasakan diri dengan tempat baru.

  • Bayi dalam kandungan menerima bekalan antibodi dari ibu melalui placenta (uri)
  • Selepas lahir, bayi akan terus menerima antibodi dari ibu melalui susu ibu (colostrum atau susu awal ibu mengandungi antibodi yang sangat banyak bertujuan untuk melindungi bayi lepas lahir)
  • Sehingga berusia 6 bulan, bayi akan sentiasa menerima bekalan antibodi melalui susu ibu.
  • Sehingga berusia 12 bulan, suntikan imunisasi dan juga sebarang jangkitan pada bayi akan bantu mematangkan sistem imunisasi bayi.

Jadi anak demam atau kerap sakit adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan sistem imun badan anak. Tapi kalau terlalu kerap anak demam atau sakit dan ia berlarutan, itu petanda sistem imun anak lemah.

Apa punca sistem imun anak lemah?

Kanak-kanak mengalami kurang nutrisi menyebabkannya terdedah kepada sistem imun rendah

Kanak-kanak mengalami kurang nutrisi menyebabkannya terdedah kepada sistem imun rendah

  • Pemakanan yang kurang berzat (kurang sayuran dan buahan)
  • Persekitaran yang kurang bersih
  • Sentiasa terdedah kepada punca-punca jangkitan (di taska memang budak-budak sentiasa sakit kan?)
  • Kurang vitamin tertentu seperti vitamin C
  • Kurang tidur atau tidak tidak lena ( kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang tidur mudah terdedah kepada jangkitan penyakit)

Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak

Secara umumnya, terdapat beberapa perkara yang puan boleh lakukan bagi membantu perkembangan sistem imun yang sihat. Di antaranya adalah:

1. Susu Ibu

Susu ibu adalah merupakan sumber perlindungan yang terbaik bagi bayi di bawah usia enam bulan. Ini kerana susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih dan Immunoglobulin A bagi perlindungan bayi anda.

2. Mengamalkan pemakanan seimbang

Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi. Pastikan pengambilan sayur dan buah setiap hari, di samping makanan yang lain. Tapi namanya pun kanak-kanak, memang susah juga hendak pastikan mereka ambil makanan seimbang, terutama sayur-sayuran. Jadi nutrisi yang kurang inilah yang menyebabkan sistem imun mereka rendah.

Berdasarkan hasil kajian yang lepas, didapati jangkitan kuman lebih sering berlaku pada mereka yang mengalami kekurangan zat makanan seperti kwashiorkor atau marasmus.

Terdapat juga makanan yang dipanggil superfoods yang elok diambil oleh kanak-kanak, contohnya:

  • Madu dan habbatussauda
  • Minyak zaitun
  • Sup tulang (bone broth)
  • Bawang putih
  • Chia seed
  • Minyak kelapa dara

Kesemua superfood di atas adalah disebabkan kandungan nutrisi mereka. Disebabkan itu seperti saya sebutkan di atas, jika anak-anak cukup nutrisi, insyaAllah sistem imun mereka pun akan bertambah baik.

Bone Broth Baik untuk kanak-kanak

Bone Broth Baik untuk kanak-kanak

3. Vaksin

Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memberi vaksinasi kepada anak anda mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui proses vaksinasi, sistem imun tubuh anak anda akan dirangsang sebagai persediaan bagi menghadapi jangkitan yang sebenar, melalui penghasilan sel antibodi memori.

4. Jaga Kebersihan

Persekitaran yang bersih dan selamat. Pastikan bekalan air yang bersih dan air minum perlulah dimasak terlebih dahulu. Anda perlulah membuat pilihan yang bijak semasa membeli makanan yang dijual diluar. Jadikan kebersihan sebagai salah satu faktor utama semasa membuat pilihan.

Cuba elakkan keadaan ‘overcrowding’, di mana terlampau ramai orang tinggal serumah. Baik di rumah anda mahupun di tempat jagaan kanak-kanak semasa anda pergi bekerja. Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’. Malah kualiti penjagaan bagi anak anda juga mungkin terjejas jika nisbah antara penjaga dan kanak-kanak di nursery tidak seimbang.

5. Jauhi merokok

Satu lagi perkara yang sering khalayak umum terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok. Didapati situasi “secondhand smoker’ di mana bayi atau kanak-kanak tinggal bersama dengan ibubapa atau orang dewasa yang merokok akan terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome) adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang terdedah dengan gejala ‘secondhand smoker’.

6. Tidur Mencukupi

Pastikan anak-anak anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi membantu sel-sel badan mereka berehat dan bekerja lebih baik.

7. Senaman

Biarkan anak-anak anda bermain. Sesetengah pendapat menyatakan kadang-kadang bermain pasir sekalipun membantu anak-anak meningkatkan sistem imun mereka.

Kanak-kanak

Kanak-kanak jiwanya memang nak main

7. Pengambilan suplemen

Berbalik kepada point kedua tadi, pemakanan seimbang kurang dititik beratkan oleh kanak-kanak. Justeru pengambilan suplemen adalah untuk melengkapkan nutrisi anak-anak. Sehingga tahun lalu contohnya saya hanya berikan anak-anak Omega Guard sahaja, tetapi hujung tahun 2015 saya tambahkan penggunaan Vitalea For Children dan Nutriferon. Memang ketara perbezaan kesihatan dan pembelajaran mereka selepas itu.

Suplemen yang sesuai diambil oleh kanak-kanak adalah:

a. Mealshake

Mealshake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Mealshake mengandungi anti oksidan iaitu vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.

Mealshake mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah serta mengandungi vitamin B yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat. Mealshake mengandungi fiber atau serat yg memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari.

Mealshake

Mealshake baik untuk kesihatan anak-anak

Mealshake turut membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit. Mealshake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.

b. Omega Guard

Omega Guard memang terbaik untuk anak-anak. Ia membantu meningkatkan dan mengawal sistem imun di samping menyihatkan peparu. Khasiat minyak ikan juga dapat membantu memperbaiki keadaan alergik (atau ekzema) dan seterusnya membantu juga sakit asthma. Omega Guard mengandungi DHA yang merupakan nutrisi utama untuk otak. Justeru ia turut membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak, meningkatkan upaya ingatan dan pembelajaran.

Prosess Distilasi Molekul Berperingkat menjamin Omega Guard tanpa bahan tercemar

Prosess Distilasi Molekul Berperingkat menjamin Omega Guard tanpa bahan tercemar

c. Vitalea For Children

Vitalea FC membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak. Ini termasuk kesemua 8 jenis vitamin B yang mana rata-rata multivitamin di pasaran tidak mampu berikan. Vitalea FC juga mengandungi kalsium, magnesium dan lain-lain yang membantu menyokong tulang yang kuat, badan yang sihat.

Vitalea For Children terbaik untuk anak-anak

Vitalea For Children terbaik untuk anak-anak

d. Nutriferon

Nutriferon merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun secara semulajadi badan dan meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imun badan.

Selamat diambil oleh kanak-kanak.

Ramuan Nutriferon membantu menguatkan sistem imun

Ramuan Nutriferon membantu menguatkan sistem imun

e. Vitamin C Chewable

Antara manfaat Vitamin C Chewable adalah:

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan
  • Chewable vitamin c shaklee membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
    raya oren yang sangat semulajadi masam masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  • 1 biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.
  • Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
  • Manfaat yang utama untuk penggemar chew vitamin c & sustained vitamin c ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekcema, resdung dan juga sebarang alergik!
Vitamin C Chewable sangat baik untuk meningkatkan sistem imun anak-anak

Vitamin C Chewable sangat baik untuk meningkatkan sistem imun anak-anak

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

37 thoughts on “Anak Selalu Demam: Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      susu ibu penting, tapi kalau tak dapat kenalah cari cara lain juga

      Reply
  1. Kakzakie Purvit

    Alhamdulillah anak-anak kakak dulu jarang demam sebab kakak memang amalkan supplement sejak dulu sebelum kahwin sampailah ada baby pun kakak teruskan (kakak dan anak-anak juga). Tapi masa tu kakak tak kenal Shaklee so kami memang consume Amway. Baru 2-3 tahun ni aje kami kenal Shaklee sebab kakak akak Hana tahulah semua juga dia dealer.
    Kakzakie Purvit recently posted…Makan malam dengan sushiMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo maknanya memang perlu kita ni suplemen kan kakzakie. takpe amway pun

      Reply
  2. saniahibrahim

    Perkongsian yang menarik …walaupun tak lagi ada anak kecil tapi pengalaman lalu agak teruk juga bila anak2 demam apatah bila bersilih ganti.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada anak kecik ni memang mencabar sikitlah kak kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa sis fidah. boleh cuba untuk anak2. nutrisi yang lengkap

      Reply
  3. puanbee

    sis .. sup tulang daging ke ? ayam boleh tak ? nak bagi ke anak sedara lah kuat sgt demam .. ada tonsil juga .. mati kutu di buatnya .. mak kerja saya jaga dia ..

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya memang biasa buat sup tulang ayam je sis. Ada resepi saya bagi dalam link artikel ni.

      Reply
  4. Okje

    Anak saya yg bongsu dulu dulu pun selalu demam, naik risau dibuatnya. Masa tu kita kerja, lagilah….dgn nak kerja, dengannak menjaga anak demam,masuk wad…letih rasa.

    Alhamdulilah….sekarang ni antibodi dia semakin baik….dah jarang sakit dah.
    Okje recently posted…Surpriselah sangat….My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Bila sudah semakin besar, insyaAllah sistem imun anak dah bertambah baik. Paling kita risaukan adalah bawah 6 tahun

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah sebabnya memang kita tak boleh lari daripada bahan toksin dan pencemaran

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      faham pasal budak2 tu. anak saya pun susah juga mula2, lama2 alhamdulillah ok. suplemen utk anak2 penting sangat

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge