Hari ini 25 Januari 2016, alhamdulillah genap umur anak sulung saya, Muhammad Hakim 8 tahun.
Selamat Hari Lahir Hakim
Tahun ini Hakim minta saya buatkan kek hari lahirnya. Kebiasaannya hari lahir kami sambut bersama ahli keluarga saya yang lain, jadi sambutan hari lahir rasanya akan di buat bulan Februari nanti bersama dengan hari lahir adik saya.
Jadi kek hari lahir Hakim mungkin saya tundakan. Saya gantikan dengan projek makan di luar pada hari ini, insyaAllah.
Kek hari lahir rancangannya hendak buatkan kek hummingbird, kata orang sedap. Nak cubalah kan.
Doa Ibu Untuk Anak
Antara banyak-banyak doa, doa ibu kepada anak memang tiada hijab. Jadi mak-mak doalah banyak-banyak untuk anak-anak.
Dalam banyak-banyak doa, saya paling kerap doakan anak-anak akan dapat rakan yang baik dan soleh dan membawa kepada kebaikan. Sangat banyak hadis nabi yang meriwayatkan kepentingan memilih sahabat yang mulia dan baik. Antaranya adalah:
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim) atau
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Pada tahun lalu ketika Hakim di darjah 1, mendengar daripada perbualannya setiap hari bercerita tentang kawan-kawannya, saya dapati Hakim belum lagi mendapat rakan yang baik. Saya tidak putus-putus berdoa untuknya. Hakim selalu sebut dengan saya tentang kesukarannya mendapatkan rakan yang baik.
Pada tahun ini, Hakim naik kelas, daripada kelas no. 5, naik kepada kelas no. 2. Alhamdulillah. Kebetulan pula, kelas no. 1 dan no.2 terperosok berdua di bangunan paling hujung. Dalam kelas no 1, ada seorang yang Hakim kenal yang berasal daripada kelasnya tahun lalu. Budak ini namanya Danial, dapat no. 1 dalam kelas tahun lalu, Hakim pula no. 2.
Jadi disebabkan kelasnya terperosok di bangunan paling hujung, jadilah Hakim berkawan dengan Danial sekarang ini. Saya pula pernah jumpa Danial semasa hari anugerah cemerlang tahun lalu, emak Danial pun saya pernah jumpa. Dari mata kasar saya nampak baik budaknya. Alhamdulillah. Tetapi saya tetap akan terus berdoa untuk kebaikan anak-anak saya.
Perhatikan selalu dengan siapa anak-anak kita berkawan, umur 7 atau 8 tahun mungkin bagi kita masih baru atau muda. Tetapi pada ketika inilah kita paling harus berjaga-jaga untuk memandu mereka menimbangkan kebaikan atau keburukan daripada apa-apa tindakan mereka.
Pembaca semua, mohon doakan Hakim menjadi anak soleh, menjaga solatnya, dijauhi daripada kejahatan, jauh daripada penzinaan dan cemerlang dalam pelajaran.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Selamat hari lahir buat Hakim yang ke 8 tahun, moga ceria di hari lahir mu.
TopSeoFriendly recently posted…Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
thanks uncle kamil, love hakim
Selamat Hari Lahir Hakim, semoga menjadi anak yang soleh buat ibubapa
Noriza Rahman recently posted…Ubat Sendi Mengandungi Steroid Mengakibatkan Reput Tulang
thanks aunty MV, love hakim
selamat hari lahir hakim, semoga jadi anak yang soleh 🙂
thanks uncle ikhwan, love hakim
tu dia.
dah besaq dah anak-anaknya ye.
anak saya je yang baru merangkak.
titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.
alhamdulillah, tak lama anak2 ni cepat besar
anak puan memang jenis memilih untuk berkawan..bagus sangat tu
Hero Borneo recently posted…Ciri-Ciri Matlamat Yang Hebat
oo camtu ek, harap2 terbaik untuk dia
Hepy belated besday hakim. Moga yang baik dan terbaik sentiasa mengiringi langkah. Betol. Kawan jugak kadang byk pengaruhnya pada anak2
thanks kiera
selamat hari lahir hakim… erm tahniah hakim juara ajl ..hehe
zik recently posted…Kriteria biskut reject.
hihih, thanks uncle zik
Happy birthday Hakim
Moga panjang umur, menjadi anak yang baik dan dimurahkan rezeki selalu..aamiin
Fidah Shah recently posted…Tutup Sebelah Mata
thanks aunty fidah