Alkisah kejadian Sabtu lepas. Saya asalnya janji dengan anak-anak hendak bawa mereka ke taman air Pusat Sains Negara. Dah sampai ke depan pagar PSN, rupa-rupanya PSN sedang diubahsuai. Demi tidak mengecewakan anak-anak, saya detour ke Tasik Titiwangsa. Ada acara berkuda di sana seperti kebiasaan kami ikuti.
Rekreasi Berkuda di Taman Tasik Titiwangsa
Kami sampai dalam jam 10 pagi lebih, biasanya ramai juga orang, tapi pagi itu alhamdulillah tidak ramai mana. Acara kereta kuda pula tiada, jadi tidak dapatlah bawa baby Sarah naik kuda.
Tiket kami beli untuk anak-anak lelaki sahaja, mula-mula beli untuk 2 pusingan seorang. Sebab teruja sangat anak-anak, beli lagi sampai 4 pusingan seorang.
Harga tiket RM1 untuk 1 pusingan, jadi murah sangat sebenarnya berbanding pengalaman anak-anak naik kuda.
Satu pengalaman menarik buat Faiz, ini kali pertama beliau dapat menaiki kuda. Sebelum ini tidak lepas ketinggian. Untuk pengetahuan semua, minima ketinggian adalah 90cm. Walaupun Faiz kecil sahaja orangnya, tapi mampulah lepas had minima itu.
Sehingga beberapa orang ibu bapa komplen dengan pihak pengurusan mengapa budak ini (Faiz) dapat naik sebab nampak kecil sahaja orangnya. Hai tak habis orang cemburu, ibu bapa itu cemburu sebab anaknya tidak lepas had minima ketinggian yang disyaratkan jadi mereka komplen dengan pihak pengurusan.
Mujurlah pihak pengurusan cerdik dan profesional, mereka dapat tangani situasi dengan baik. Faiz pula dapat menunggang kuda sampai 6 pusingan jadinya.
Cuti sekolah masih berbaki 2 minggu, sempat lagi kalau mak-mak hendak bawa anak-anak ke Taman Tasik Titiwangsa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
ok uncle pun jeles. hehe tapi jeles sebab uncle tak pernah naik kuda lagi la 😀
thanks sharing kak, boleh cuba nanti
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
huhu boleh naik selalu tuan
kalau anak-anak autism..sesuai buat rekreasi berkuda ni..antara kebaikan dapat meningkatkan keyakinan diri dan juga mebetulkan postur badan
oo, baru tahu tu tuan
boleh tahan harganya, berpatutan dan sesapa shj mampu bayar
nikkhazami recently posted…Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar
memang murah je, boleh datang selalu
dah lama juga tak naik kuda.
bila last naik ehh..
titan recently posted…Langit tak selalu mendung, Malam juga tak selalu cerah.
lama sangat tu sampai tak ingat dah
anak anak pun nampak tak gentar bila naik kuda 🙂
Ikhwan recently posted…Rumah Sendiri Tapi Orang Lain Bayar
alhamdulillah makin berani
Ini bukan setakat budak-budak, bapak budak pun teringin nak naik.
Azwan recently posted…Casio G-Shock DW-5600SL-1DR 3229 DI C-MGSA5-1 Jam Lasak Untuk Aktiviti Ekstrem ?
sebenarnya saya teringin juga nak naik, tapi apakan daya kan
hari tu pun bercadang nak pergi pusat sains negara, tapi bila baca website, PSN ditutup sampai Nov 2016. Tapi ada yang cakap kolam renang dekat PSN tu masih buka.
Nurul recently posted…Kenapa VIVIX bagus untuk luka c-sect?
i tak buka website, itulah masalahnya. huhuh
Boleh cuba nanti tu kalau ada kelapangan dengan anak anak.
Sani recently posted…Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
aktiviti yang rileks untuk anak-anak
Macam menarik juga aktiviti ini sebab memberikan kegembiraan kat keluarga kita
Khairul Zamri recently posted…8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk
Tempat ni masih Bukak ke?
masih lagi