Ragam Anak-anak #1

By | 24 January 2016
Ragam anak-anak

Aha, saya bubuh #1 sebab hajatnya hendak sambunglah lagi ragam anak-anak. Yelah, setiap hari ada sahaja ragam mereka, boleh juga tulis sambil-sambil cari idea lain untuk tulis dalam blog.

Baru-baru ini saya ada tuliskan ragam anak kedua saya, Faiz untuk ke sekolah. Memang mudah pula uruskan Faiz berbanding abangnya dulu. Mungkin sebab Faiz pun sudah terbiasa melihat abangnya ke sekolah. Kata orang pengalaman dan pengetahuan lebihlah kan.

Ragam Hakim

Hakim anak sulung saya. Sudah 3 minggu bersekolah, tetapi pada minggu kedua kasut sudah rabak. Ok RABAK. Aduhai anak mama. Beli sepasang RM32 kasut ini, bukan kasut mana-mana kartun pun, saya pilih yang agak baiklah jenamanya. Tapi rabak jugak.

Kasut sekolah lepas pakai 2 minggu sudah koyak

Kasut sekolah lepas pakai 2 minggu sudah koyak

Saya tak pasti pula sebab apa, mungkin semasa dibasuh atau semasa di pakai, wallahualam.

Kedua. Beberapa bulan lepas pula saya ada beli kasut sekolah secara atas talian. Hakim nakkan kasut bertali, maka saya pesan kasut bertali. Minggu lalu sampailah kasut itu, cantik, jenama Dunlop. Saya dapat masa jualan murah. Kasut Dunlop kan mahal, kain pun cantik.

Tapi komplen lagi, rupanya Hakim nakkan kasut bertali dan ada zip. Aduhai. Saya beli 2 pasang. Macam dia tak mahu pakai. Ada sapa-sapa hendak kasut ini? Saya ada warna putih dan hitam. Size 34. Kalau ada yang mahu silalah wasap saya 0122195919, saya bagi harga rugi pun tidak apa.

Ada sapa mahu kasut Dunlop ini, size 34

Ada sapa mahu kasut Dunlop ini, size 34

Itu pasal kasut. Seluar KAFA sudah pun rabak di bahagian kangkang. Mujur jugalah saya tidak beli baru hujung tahun lepas. Dan banyak lagi masih ada.

Ketiga. Pasal basikal. Beberapa hari lepas Hakim sudah pandai berbasikal roda 2. Lepas dibaiki, atuknya bawa ke restoran untuk makan sebentar. Tapi punya bertuah Hakim ini, minta kebenaran atuknya untuk balik sendiri sampai ke rumah dengan basikal yang baru diperbaiki.

Bila saya tahu sebaik saya balik ke rumah, memang menyirap betul muka saya. Sepanjang malam saya marahkan Hakim, mood memang tiada. Dengan abah saya, saya sudah pesan lain kali jangan diberikan kebenaran begitu. Abah saya ingat zaman ini macam zaman saya kecil-kecil dulu.

Terutama masakini, jenayah merata-rata. Nak lagi kereta pun banyak, laju-laju pula tu. Memang syukurlah Hakim selamat, tetapi saya nasihatkan dia supaya tidak buat lagi di lain kali.

Hakim baru berumur 8 tahun, kakak-kakak pembaca ada pengalaman dengan anak umur begini? Apa agaknya yang kita kena expect dan bagaimana kita perlu hadapinya? Saya tengok Hakim sangat eager dengan benda baru. Saya jadi risau.

Baby Sarah

Sarah sekarang masih lagi pandai meniti. Dia macam takut pula hendak berjalan sendiri. Lama juga dia di fasa meniti ni, dalam 2 bulan dah.

Sarah

Sarah

Satu lagi, Sarah sudah pandai meniru. Seminggu ini dia macam tak mahu menyusu botol semasa saya bekerja. Saya ingatkan sebab dia kenyang makan solid, jadi saya kurangkan makan dan suruh bibik bagi susu sebelum makan nasi.

Botol susu MAM saya gunakan untuk anak-anak sejak anak sulung

Botol susu MAM saya gunakan untuk anak-anak sejak anak sulung

Tak menjadi juga, masih tidak mahu menyusu. Bila bibik cuba tukar botol, mahu pula dia gunakan botol yang sama seperti sepupunya, Aisyah.

Baby pada umur 11 bulan pun sudah pandai meniru ya. Bergegaslah saya ke kedai baby 2 malam sudah untuk beli botol baru.

Botol baru Sarah jenama NUK

Botol baru Sarah jenama NUK

Anak-anak dengan kita cuma beberapa tahun, saya bekerja… saya harap saya cepat-cepat boleh bekerja dari rumah sahaja supaya banyak masa saya dengan anak-anak. Bila anak-anak sudah belajar, banyak masa mereka di sekolah berbanding di rumah.

Tolonglah doakan saya ya.

 

8 thoughts on “Ragam Anak-anak #1

    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa ada u, saya pun tak tahu. zaman dulu mana ada. kena extra berusaha

      Reply
  1. yus

    assalamualaikum
    tumpang tanya puan. puan beli kt mana ye kasut dunlop. atas talian kn… ley dpt add nye x?

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      fb page barangmurahdotcom puan. cuba tengok kalau ada

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge