Hobi Baru: Mewarna Terapi Tekanan

By | 31 January 2016
Terapi mewarna di kalangan orang dewasa

Saya memang teruja dengan hobi baru yang satu ni. Asalnya sambil blogwalking sambil tu saya ada terbaca seorang blogger yang berkongsi hobi baru beliau. Mewarna!

Mewarna bukan ke untuk kanak-kanak?

Mewarna Terapi Tekanan

Buku mewarna dewasa semakin mendapat perhatian sekarang, tetapi sebagai orang yang paling tidak berbakat pun, tidak salah untuk mencubanya.

Sebagai seorang kanak-kanak, dahulu kita mempunyai masa yang sukar mewarna dalam garisan. Seni adalah perkara paling mencabar semasa di sekolah. Saya masih ingat dulu, markah seni saya sendiri bukanlah elok sangat pun. Kalau orang lain senang mendapat A, saya pula mungkin berpuas hati tidak mendapat C.

Mewarna bukanlah bentuk seni semata-mata. Ia dikenali untuk melegakan tekanan dan kebimbangan, merangsang kreativiti dan menumpukan fikiran. Dan ia adalah salah satu daripada beberapa cara untuk membawa anda kembali ke zaman bebas daripada kebimbangan seperti alam kanak-kanak.

Hobi Baru Mewarna

Baru-baru ini saya beli buku warna daripada Kinokuniya melalui pos. MPH pun ada jual juga. Respon memang sangat menggalakkan. Tidak kurang ada kawan-kawan yang teruja mengikut hobi baru saya ini.

Buku Mewarna Saya daripada Kinokuniya

Buku Mewarna Saya daripada Kinokuniya

Nanti kita update perkembangan ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Hobi Baru: Mewarna Terapi Tekanan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang seronok, tambah lagi kalau guna krayon paling saya suka

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh juga buku kanak2 MV. best juga, terasa macam kembali ke zaman kanak2

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge