Call nowWhatsapp

Cara Perbaiki Tahap Diabetes / Kencing Manis Dengan Vivix

Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap diabetes atau kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.

Gejala diabetes atau kencing manis

Gejala diabetes atau kencing manis

Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu. Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ancaman kesihatan jika menghidap diabetes atau kencing manis

Ancaman kesihatan jika menghidap diabetes atau kencing manis

Memang tidak pelik kenapa penghidap diabetes di negara ini begitu ramai sehingga 3.6 juta orang. Bayangkan makanan kita bagaimana:

Karbohidrat yang banyak

Karbohidrat yang anda makan boleh berakhir dalam 3 bentuk iaitu

  • Ditukarkan kepada glukosa untuk dibakar menjadi sumber tenaga
  • Ditukarkan kepada glycogen yang akan disimpan pada otot dan hati. Otot akan menggunakan stok glycogen untuk terus bertenaga.
  • Karbohidrat yang telah dimakan berlebihan dan tidak digunakan badan (sebagai glukosa atau glycogen) akan ditukarkan menjadi lemak.

Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Tiga per empat pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

Bagaimana Pengambilan Karbohidrat dan Gula Berlebihan Boleh Menyebabkan Diabetes atau Kencing Manis

Dari atkinswarrior menyebut:

Karbohidrat yang telah bertukar menjadi lemak, akan mula menempel hampir di seluruh badan kita, termasuklah menyumbat saluran darah, jantung dan pankreas. Insulin dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk membantu glukosa diserap oleh sel-sel badan. Insulin juga menyeimbangkan kadar gula dalam badan kita supaya tidak terlalu tinggi dan mengakibatkan hyperglycemia atau terlalu rendah (hypoglycemia).

Apabila kandungan gula dalam darah naik setelah makan karbohidrat, insulin mula dilepaskan. Tetapi oleh kerana saluran pankreas untuk melepaskan insulin ke dalam badan tersumbat oleh lemak, gula tidak dapat distabilkan, kadar meningkat bertambah tinggi dan kadar penghasilan insulin juga bertambah tinggi tetapi kedua-duanya tidak dapat disatukan (dihalang oleh lemak yang telah menyumbat laluannya). Akhirnya badan tidak lagi terkesan dengan manfaat insulin tadi sebab telah menjadi imun dengan insulin (insulin resistance). Akhirnya mengakibatkan penyakit diabetes type 2.

Diabetes ada beberapa jenis seperti type 1 yang selalunya bermula sejak awal usia lagi kerana sistem imun badan memusnahkan sel-sel beta di dalam pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Jadi type 1 tidak ada kaitan dengan masalah berat badan kerana ia berlaku akibat daripada sistem dalaman badan.

Diabetes type 2 berlaku selalunya akibat dari masalah berlebihan berat badan (walaupun memang tidak dinafikan ada yang tidak gemuk pun masih menghidap diabetes type 2). Bila insulin cuba dihasilkan untuk menyeimbangi gula yang tinggi, sel-sel beta yang bertugas akhirnya gagal dan rosak. Maka pankreas kehilangan “pekerja yang cekap” untuk menghasilkan insulin. Kandungan gula yang tinggi dalam darah mengakibatkan diabetes berlaku.

Cara Terbaik Perbaiki Tahap Diabetes / Kencing Manis

Terdapat dua jenis kencing manis iaitu Diabetes Type 1 yang mana pesakit bersandarkan insulin dan Diabetes type 2 yang tidak bersandarkan insulin.

Diabetes Type 1 berlaku akibat kerosakan pankreas dan biasanya dihidapi oleh orang muda. Diabetes type 2 pula sering berlaku di kalangan mereka yang berusia kerana hormon insulin yang dihasilkan oleh badan tidak berfungsi sepenuhnya atau tidak mencukupi untuk keperluan tubuh. Diabetes kedua selalunya dikaitkan dengan obesiti dan boleh dikawal dengan mengubah cara hidup.

Ada beberapa cara yang ingin saya kongsikan dengan anda. Antaranya

Kawal berat badan

Kajian menunjukkan bahawa peningkatan kadar diabetes selari dengan obesiti dan 80% daripada pengidap diabetes type 2 mempunyaki berat badan berlebihan dan obese. Pengeluaran asid lemak (berat badan lebih dan obese) berlebihan menganggu tindakan insulin untuk mengangkut gula masuk dalam sel dan akan menyebabkan gula mula berkumpul dalam darah (hyperglisemia) yang merupakan petanda utama diabetes.

Jika anda menghidap diabetes dan sememangnya berlebihan berat badan, apa kata anda menyertai program penurunan berat badan kami.

Kawal pengambilan karbohidrat dan gula

Sememangnya saya menentang juga piramid makanan yang saya pelajari di sekolah dahulu. Melalui piramid makanan ini mengesyorkan kita mengambil karbohidrat paling banyak antara 8 hingga 12 hidangan!

Piramid makanan tidak membantu menangani masalah obesiti dan diabetes atau kencing manis

Piramid makanan tradisional tidak membantu menangani masalah obesiti dan diabetes atau kencing manis

Sedangkan sepatutnya kita memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Saranan pemakanan kami adalah menurut imej di bawah

Cadangan pengambilan makanan untuk membantu menangani masalah obesiti dan diabetes / kencing manis

Cadangan pengambilan makanan untuk membantu menangani masalah obesiti dan diabetes / kencing manis

Cara tangani diabetes selain cara pemakanan dan program pengurusan berat badan adalah dengan pengambilan suplemen kesihatan terbaik daripada Shaklee. Bagi kami di Shaklee, pengambilan Vivix adalah terbaik untuk memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis seseorang.

Vivix memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis

Vivix mengandungi resveratrolResveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Vivix membantu memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis

Vivix membantu memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Kepentingan resveratrol dalam kehidupan manusia

Kepentingan resveratrol dalam kehidupan manusia

3 Cara Vivix Membantu memperbaiki tahap diabetes / kencing manis

Terdapat 3 cara Vivix dengan resveratrol boleh membantu memperbaiki tahap diabetes / kencing manis iaitu:

Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin

Kajian juga menunjukkan resveratrol membantu mengelakkan rintangan insulin, satu keadaan di mana badan menjadi kurang sensitif terhadap kesan penurunan gula dalam darah. Rintangan insulin adalah pelopor kepada masalah diabetes.

Meningkatkan enzim SIRT1

Resveratrol juga telah dilaporkan untuk bertindak sebagai pengaktif Sirtuin, dan ini telah dicadangkan untuk kesan anti-penuaan. Enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya. Apabila enzim ini telah diaktifkan, ia akan membantu memperbaiki tahap insulin dan seterusnya membantu memperbaiki tahap diabetes dan kencing manis seseorang.

Vivix dengan resveratrol membantu mengaktifkan enzim sirt untuk memperbaiki tahap diabetes / kencing manis

Vivix dengan resveratrol membantu mengaktifkan enzim sirt untuk memperbaiki tahap diabetes / kencing manis

Mencegah penghasilan AGE protein

AGE bermaksud Advanced Glycation End merupakan protein atau lipid (lemak) yang terikat kepada molekul gula tanpa bantuan enzim untuk mengawal tindak balas. Dalam bidang kimia, satu tindak balas gula tanpa bantuan enzim dipanggil glycation. Jadi ini AGE adalah reaksi  glycation terhadap “End-Products”.

Dalam Vivix mengandungi polifenolPolifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan AGE. Setakat ini, tidak ada mekanisme yang dapat memusnahkan AGE, oleh itu cara paling baik adalah pembentukan mereka. Dengan adanya polifenol, ia dapat membantu menghalang pembentukan AGE. Saya akan tuliskan berkenaan AGE dalam posting lain insyaAllah.

Vivix kawal penghasilan AGE protein untuk memperbaiki tahap diabetes kencing manis

Vivix kawal penghasilan AGE protein untuk memperbaiki tahap diabetes kencing manis

Untuk kesihatan anda, elakkan komplikasi akibat diabetes dan kencing manis, saya mengesyorkan anda cara di atas untuk pertimbangan anda.

Vivix bantu perbaiki tahap diabetes dan kencing manis

Vivix bantu perbaiki tahap diabetes dan kencing manis

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)