Bahaya Merkuri Dalam Alat Kosmetik

By | 30 January 2016
Krim pemutih berbahaya

Minggu lalu kecoh berkenaan produk Dato Vida yang dikatakan mengandungi bahan berbahaya iaitu merkuri dalam 2 produknya sehingga mengakibatkan perlu ditarik daripada jualan. Saya pernah tulis berkenaan kebanyakan produk kecantikan tempatan yang 90% daripadanya adalah bersifat OEM.

Produk Kecantikan Dari OEM

Kebanyakan produk kosmetik tempatan bukan dihasilkan sendiri oleh pemiliknya. Sebaliknya ada kilang tertentu yang menghasilkan produk ini akan menghasilkan untuk pemilik A, B, C, D dan lain-lain. Pemilik tidak akan tahu apakah bahan yang terkandung di dalam produk yang dipilihnya.

Antara produk suplemen yang beracun

Antara produk suplemen yang beracun

Kenapa menggunakan merkuri dalam produk kecantikan?

Pengunaan merkuri dalam produk kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.

Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit adalah disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Antara produk kecantikan yang disahkan mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri

Antara produk kecantikan yang disahkan mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri

Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.

Menurut seorang ahli Farmasi baru-baru ini, merkuri boleh membantu memutihkan kulit. Menurutnya:

Mercuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segera. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.

Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari. Walau bagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul dalam kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

Selain Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Antara kesan menggunakan produk pemutih mengandungi bahan berbahaya

Antara kesan menggunakan produk pemutih mengandungi bahan berbahaya

Risiko Menggunakan Merkuri

Menggunakan merkuri secara kita sedari atau tidak boleh menjejaskan kesihatan anda. Terdedah kepada merkuri untuk jangka yang lama juga boleh membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

Apabila merkuri digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi adalah:

  • Gatal-gatal
  • Ruam pada kulit
  • Hilang warna kulit (skin discoloration)
  • Parut.

WHO memberi amaran penggunaan merkuri untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Merkuri yang tinggi dalam badan juga menyebabkan perkara berikut:

  • Gangguan emosi
  • Tekanan perasaan
  • Psikosis
  • Mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.

Jadilah Pengguna Bijak

Sejak berumur awal 20an, saya perasan juga berkenaan kesan penggunaan produk kecantikan/kesihatan hasil daripada maklumat ibu bapa saya. Jadi walaupun telah bekerja, saya tidak mengambil produk kecantikan secara semberono. Produk kecantikan yang saya pernah beli cuma Bobbi Brown, Body Shop dan beberapa lagi jenama tersohor daripada Eropah dan US. Saya tidak berani membeli produk tempatan disebabkan masalah ini.

Baru-baru ini ada seorang pelanggan saya memaklumkan, kulitnya jadi sopak disebabkan salah menggunakan produk kecantikan. Beliau ambil Vivix untuk membantunya memulihkan kulitnya.

Suplemen pun saya tidak pernah ambil sehingga saya bersalin anak no. 2 (kini 4 tahun), disebabkan ketakutan ini. Tetapi alhamdulillah produk yang saya pilih adalah produk terbaik, ianya semulajadi, berkesan dan selamat.

Perbezaan utama Shaklee berbanding jenama lain meletakkan Shaklee sebagai suplemen semulajadi no 1 di US

Perbezaan utama Shaklee berbanding jenama lain meletakkan Shaklee sebagai suplemen semulajadi no 1 di US

Bagi anda yang merasakan Shaklee mahal harganya, anda tentu terperanjat mengetahui produk tempatan ini lebih mahal harganya. Ada yang mencecah RM200 untuk satu botol kecil. Ia bukan murah pun ya.

Tetapi dengan menukar jenama anda kepada Shaklee, insyaAllah anda mendapat kesihatan yang baik, bonus jadi cantik pula itu. Contoh jelas kedua ibu bapa saya, sebelum ini pengguna suplemen AMW**, namun selepas saya perkenalkan Shaklee, alhamdulillah sehingga kini mereka berpuas hati dengan Shaklee malah membantu meningkatkan kesihatan mereka.

Shaklee menjamin keberkesanan produknya dalam jangkamasa lama

Shaklee menjamin keberkesanan produknya dalam jangkamasa lama

Nasihat saya, kaji sebaik-baiknya produk yang ingin anda ambil. Memang pada label mungkin tidak tertera ramuan yang dimasukkan, sebab sesetengahnya memang menyembunyikan fakta.

Laporan Landmark Study Shaklee menyatakan peningkatan kesihatan yang baik di kalangan penggunanya

Laporan Landmark Study Shaklee menyatakan peningkatan kesihatan yang baik di kalangan penggunanya

Dalam satu laporan yang pernah saya baca, aduan terhadap Shaklee hanya 12 aduan sahaja dalam tempoh 3 tahun di US. 12 aduan itu pula hanya bersifat teknikal (contohnya penghantaran lambat) dan bukan berkaitan produknya.

Tidak berbaloi jika anda dapat kulit putih tetapi penyakit pun dapat. Secara jelas, jadilah pengguna bijak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

4 thoughts on “Bahaya Merkuri Dalam Alat Kosmetik

  1. Zurainny Ismail

    Info yg sgt baik. Ramai yg terlalu taksub utk mencerahkan kulit sehingga tidak mengendahkan kemungkinan kosmetik yg digunakan blh memudaratkan kesihatan. Apa la guna kulit putih melepak kalau badan x sihat. Hehe….Kalau akak join Shaklee, mesti under Raihanah. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge