Call nowWhatsapp

Ok kali ini tips MokCun (Mau Cantik) akan berkongsi dengan anda bagaimana mengenali jenis kulit muka anda. Pentingnya untuk mengenali dengan tepat jenis kulit muka ini adalah untuk memudahkan anda membeli produk penjagaan kulit yang sesuai.

Ramai yang beli produk penjagaan kulit, tetapi ramai juga yang membeli tetapi tidak sesuai dengan kulit. Sudahnya membazir, kalau lagi teruk kulit jadi semakin sensitif atau teruk.

Kulit kita ini juga boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia sangat bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon. Jadi kulit anda pada umur 15 tahun mungkin tidak akan sama dengan kulit anda pada umur 20 tahun, 30 tahun, atau 50 tahun.

Jenis Kulit Muka

Jenis kulit muka dikenali dengan mengetahui jumlah sebum yang dihasilkan daripada liang roma. Biasanya kulit muka ada 5 jenis iaitu:

Kenali jenis kulit muka anda

Kenali jenis kulit muka anda

Kulit Normal

Ramai inginkan jenis kulit ini, senang sangat jaga, tidak perlu risau apa. Kulit normal adalah kulit yang kelihatan halus dan bersih.

Kulit berminyak

Kulit berminyak biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah seperti jerawat akibat daripada penyumbatan pada pori-pori. Ini kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.

Di samping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas serta makanan berlemak tinggi boleh menyebabkan kulit berminyak. Bagaimanapun ada kebaikan juga kulit jenis berminyak, iaitu ia melambatkan proses penuaan. Antara masalah yang biasa dihadapi dengan kulit jenis berminyak adalah:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori-pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

Kulit Kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembap atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka beralkali tinggi (boleh dikenalpasti dengan buih yang berlebihan), kurang minum air dan kesan ubat-ubatan.

Untuk mengenalpasti kulit ini cuba anda tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut. Jika terdapat garis-garis, ini menunjukkan kulit anda adalah kering. Jangan lupa kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat.

Biasanya kulit ini menghadapi masalah:

  • Kedut / garis halus
  • Bintik hitam (freckles)
  • Whitehead
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam.

Kulit kombinasi

Kulit jenis kombinasi adalah licin, lembut dan lembap apabila disentuh. Kadangkala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori-pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.

Penjagaan kulit kombinasi harus diamalkan selalu supaya kelihatan bersih dan gebu. Kadangkala kulit begini akan bertukar, bergantung kepada penjagaan, jenis produk yang digunakan, persekitaran dan hormon.

Masalah yang biasa dihadapi kulit jenis kombinasi adalah:

  • Kelenjar minyak tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat
  • Whitehead

Kulit Sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan luar. Contohnya perubahan cuaca boleh menyebabkan kulitnya pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan turut mempengaruhi kulit sensitif.

Jika anda memiliki kulit jenis ini, perhatikan kegiatan harian anda, apa yanng dimakan, penggunaan alat kosmetik, persekitaran, cuaca dan anda akan nampak bila sensitif itu terjadi.

Simptom semasa kulit sensitif antaranya:

  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik Ruam atau jerawat

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan anda tidak menggunakan produk kulit mengandungi bahan seperti formaldehyde based preservatives dan sodium lauryl sulfate.

Sekarang anda sudah tahu jenis kulit anda, jadi bolehlah dijadikan panduan untuk anda memilik produk kecantikan yang sesuai untuk kulit anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)