Call nowWhatsapp

Kelmarin saya ada posting berkenaan “kini anda juga boleh cantik” daripada projek mokCun yang saya sebenarnya telah perkenalkan sedikit demi sedikit.

mokCun untuk anda yang mahu cantik

Kata orang cantik dalaman juga sangat penting untuk diserlahkan kepada luaran. Sangat betul pandangan ini, yang penting cantik dalaman. Berikut adalah tips kecantikan dalaman untuk perkongsian kita bersama.

Kecantikan berlainan pada setiap individu

Kecantikan berlainan pada setiap individu

Minum Air

Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari agar dapat membantu anda membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan membantu membakar kalori dalam badan anda.

Amalkan bersenam 3 kali seminggu

Sekurang-kurangnya amalkan bersenam, buat regangan yang simple pun sudah ok untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Elakkan merokok

Merokok boleh merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Rokok termasuklah vape tau. Pastikan kita memilih cara hidup sihat ya.

Tidur mencukupi

Baru-baru ini ada juga saya terbaca wanita penting untuk mendapat cukup tidur. Tidak cukup tidur boleh membuatkan anda stress, di samping membuat anda kelihatan lebih tua dan lingkaran di bawah mata.

Wanita perlu tidur lebih lama

Wanita perlu tidur lebih lama

Rehatkan kulit daripada mekap

Sekurang-kurangnya pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Biarkan kulit bernafas dan rajin-rajin mencuci muka.

Makan mencukupi dan sihat

Amalkan pemakanan yang mencukupi dan sihat. Cara yang baik adalah makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan boleh memberikan tenaga dan pengambilan suplemen pula melengkapkan keperluan nutrisi anda.

Manjakan diri

Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut. Anda juga boleh gunakan amalkan bersauna atau nikmati sahaja mandian buih di rumah. Sekarang banyak khidmat spa di rumah yang membantu anda memanjakan diri di rumah sambil dikelilingi anak-anak.

Elakkan stress

Stress mempercepatkan proses penuaan. Kalau saya, hanya amalkan pengambilan bcompleks, insyaAllah aman sepanjang hari.

Bergembiralah

Sentiasa positif diri anda, yakin diri, tentu penampilan kita pun cantik. Ketawa dan bergurau senda dengan keluarga dan rakan-rakan. Kalau suka masam muka anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Keyakinan bahawa penampilan kita adalah cantik

Keyakinan bahawa penampilan kita adalah cantik

Amalan sebagai seorang muslimah

Ini paling penting, amalan wajib seperti solat pastikan tidak tinggal, amalkan sebagaimana tuntutan. Di samping itu cuba-cubalah untuk amalkan amalan sunat setiap hari contohnya

Sekian tips mokCun hari ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)