Call nowWhatsapp

Bagi anda yang mengambil suplemen Shaklee tetapi selalu merasakan tiada perubahan, posting ini untuk anda.

Sudah 3 tahun saya bergelar pengedar Shaklee, memang ada juga yang mengadu tiada perubahan ke atas tubuh badan selepas mengambil Shaklee… baru 3 hari! Setengah orang memang ada perubahan yang pantas, tapi bukan semua orang.

Ada beberapa sebab kenapa anda rasakan tiada perubahan walaupun telah ambil suplemen Shaklee. Semoga posting ini dapat membantu anda.

Kenapa Tiada Perubahan Walaupun Telah Ambil Suplemen Shaklee

Antara sebab kenapa belum ada perubahan ke atas anda adalah:

Toksin Dalam Badan Terlalu Banyak

Ada orang toksin dalam badan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan kesukaran vitamin untuk menyerap ke dalam tubuh. Suplemen boleh diserap tetapi ia mengambil masa lebih lama. Adalah lebih baik sebelum anda mengambil apa-apa suplemen anda detox dahulu badan anda.

Minum Air kurang

Kurang minum air?

Tips Ambil Air Kosong 3 liter sehari

Tips Ambil Air Kosong 3 liter sehari

Kadang itu cakap sahaja memang sudah minum air banyak, tetapi kita sendiri tidak tahu berapa banyak. Sebab itu kena sukat bilangan air yang anda ambil. Sebaiknya gunakan sukatan.

  • 12 gelas / cawan 250ml
  • 2 botol air mineral besar (1.5liter setiap satu)

Itu contohlah, anda boleh sukat dengan sukatan yang anda selesa. Sentiasa pastikan 3 liter sehari.

Kurangkan pengambilan kafein

Dulu saya ambil suplemen, tapi pada masa sama saya suka sangat minum teh o, kadang tu teh tarik. Tapi ada pengedar Shaklee sangat cantik kulitnya, lelaki tau. Sangat jeles saya melihatnya. Saya tanyakan tips dan katanya satu masalah adalah kafein.

Pilih minuman yang mengandungi kurang kafein

Pilih minuman yang mengandungi kurang kafein

Kafein boleh menghalang penyerapan vitamin ke dalam badan. Hal ini berlaku kerana kafein boleh merosakkan vitamin sediada dalam badan. Justeru membazir sahaja bila ambil vitamin tetapi kita masih terus menerus mengambil kafein.

Lepas saya elakkan pengambilan minuman berkafein, saya dapati kulit lebih cantik.

Untuk mengoptimumkan kesan penyerapan vitamin, anda disarankan untuk mengurangkan atau mengelakkan pengambilan minuman berkafein. Boleh gantikan dengan minuman coklat, horlics atau lain-lain.

Kalau tidak dapat elakkan pengambilan kafein, sentiasa pastikan anda tidak ambil suplemen bersama minuman kafein anda.

Ambil suplemen bersama ubat

Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak akan menyebabkan kecelaruan sekaligus mengganggu penyerapan vitamin dengan baik.

Anda boleh ambil suplemen dan ubat, tetapi pastikan dijarakkan masa pengambilan.

Asingkan pengambilan suplemen kapsul dengan softgel. Juga ubat daripada suplemen

Asingkan pengambilan suplemen kapsul dengan softgel. Juga ubat daripada suplemen membantu penyerapan lebih optima

Dos yang tidak betul

Ini penting. Sesetengah orang beli suplemen tanpa nasihat dos yang terbaik. Dos bagi orang normal (iaitu ambil suplemen untuk sihat) berbanding dengan orang sakit, adalah berbeza. Dos pada botol suplemen adalah dos standard untuk orang sihat.

Dos orang sakit anda perlu dapatkan daripada pengedar Shaklee yang anda beli. Saya pernah kongsikan sebelum ini Makcik A yang sakit lutut sudah lama. Beliau ambil Omega Guard sampai 15 biji sehari. Selepas 40 hari tiada lagi sakit lutut dan tidak perlukan pembedahan. Selepas sihat Makcik A kembali kepada dos maintain.

Dos standard Omega Guard hanya 3 biji sehari untuk orang dewasa. Jadi, bila anda beli suplemen Shaklee pastikan anda dapatkan cara makan suplemen daripada pengedar anda. Jangan pula anda beli dengan A, anda minta cara makan dengan B. Memang tidak akan dilayan nanti.

Cara Pengambilan Vitamin

Hal ini penting, kita perlu tahu mengenai sifat dan kesan penyerapan vitamin tersebut. Ini adalah untuk meningkatkan kesan optimum pengambilan vitamin. Sentiasa pastikan anda mendapat jadual makan vitamin daripada pengedar anda.

  • Pengambilan multivitamin (Vitalea) tidak boleh diambil bersama Ostematrix (kalsium). Hal ini kerana ia mampu mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa mampu mengganggu penyerapan vitamin E oleh badan.
  • Alfalfa dan vitamin antioksida lain juga tidak digalakkan untuk ibu mengandung kerana ia mampu mengakibatkan risiko keguguran pada awal kehamilan.
  • GLA tidak boleh diambil bersama Vitamin E. Hal ini kerana di dalam GLA sudah mempunya vitamin E dan jika diambil sekali,ia akan menyebabkan penyerapan salah satu daripadanya kurang berkesan.
  • Pesakit Thalasemia Vitalea kerana boleh pesakit ini tidak mampu menyerap iron dan boleh meyebabkan keracunan/lambakan iron dalam darah.
  • Pesakit SLE tidak boleh mengambil semua suplemen mengandungi alfalfa.
  • Vitamin C hanya boleh bertahan di dalam badan untuk beberapa jam sahaja, melainkan Vitamin C Sustained Release daripada Shaklee.
  • Vitamin B elok diambil pada waktu pagi untuk badan yang bertenaga.
  • Vitamin E, Omega dan CoQ10 elok diambil bersama makanan yang berlemak.
  • Kalsium dan magnesium elok diambil sebelum tidur kerana penyerapan yang optimum berlaku semasa tidur. Magnesium juga boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Adalah penting untuk anda memastikan pengambilan suplemen yang betul agar ia akan bertindakbalas dengan optimum untuk anda. Selain pengambilan vitamin, perkara lain yang anda harus ambil kira apabila merancang mengambil vitamin adalah:

Selain itu, anda boleh merujuk kepada infografik di bawah untuk cara pengambilan suplemen yang optimum.

Infografik Cara Makan Suplemen Dengan Betul

Infografik Cara Makan Suplemen Dengan Betul

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)