Call nowWhatsapp

 

Salah satu tips untuk berjaya dalam bisnes adalah memiliki mentor yang dapat membimbing kita, bukan sekadar daftarkan anda, lepas tu tinggal.

Sebagai individu yang baru menyertai bisnes, seeloknya kita ada mentor. Sepanjang hidup saya ini rasanya banyak juga bisnes yang saya cuba sertai:

  • Bisnes jual madu lebah – rugi beberapa ribu
  • Bisnes kereta sewa – rugi berbelas ribu
  • Bisnes MLM Shaklee – alhamdulillah bertahan sehingga kini sudah mencecah 4 tahun dan menjana pendapatan ribuan RM sebulan

Mentor Bisnes Sebagai Penunjuk Arah

Perkataan mentor berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau penasihat yang boleh dipercayai. Biasanya mentor terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang, boleh jadi juga upline anda jika anda memilih bisnes MLM (seperti saya).

Fungsi mentor adalah sebagai penunjuk arah, selain membantu kita yang baru dalam bisnes untuk mencapai matlamat dalam bisnes.

Seingat saya, banyak juga yang saya pelajari contohnya:

  • Undang-undang syarikat (jika MLM)
  • Asas jualan
  • Strategi pemasaran
  • Pengetahuan tentang produk
  • Kelas-kelas teknikal lain seperti blog, SEO, dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, siap ada group whatsapp pula untuk sentiasa mengambil tahu perihal bisnes harian. Kreativiti dan dorongan yang diperlukan inilah sebenarnya merupakan peranan seorang mentor.

Pengalaman Memiliki Mentor

Saya ada menghadiri satu kursus berkaitan pekerjaan saya 2 minggu lalu. Antara soalan yang dilontarkan kepada hadirin adalah, apakah kualiti dimiliki oleh individu yang anda kagumi yang telah menarik hati anda.

Saya terus teringatkan 2 orang ini.

Bekas bos saya di syarikat saya bekerja

Saya bekerja dengan bos saya ini, En A seingat saya mungkin  adalah 10 tahun. Beliau memiliki kualiti yang pada saya mampu membangunkan diri seorang leader dalam diri saya:

  • Cerewet – beliau sangat teliti orangnya menyebabkan saya perlu sangat berhati-hati menyiapkan tugasan
  • Seorang pendengar yang baik – saya selalu akan berjumpanya untuk mengadu masalah, mula-mula saya fikirkan masalah saya cukup besar. Tetapi selepas meluahkan masalah kepadanya, saya sendiri yang memberikan jalan penyelesaian dan beliau bersetuju! Hebat tak
  • Memberikan maklumbalas – setiap rancangan saya, pasti ada pandangan beliau agar ditambah baik, termasuk strategi syarikat yang perlu saya ambil kira.

Beliau akhirnya berhenti daripada syarikat saya sekarang 2 tahun lalu, tiada galang gantinya. Saya doakan beliau bahagia dan terus di dalam berkat Allah jua.

Mentor dalam Shaklee

Saya ada ramai mentor dalam Shaklee, sebab dalam Shaklee saya punya ramai sangat kenalan yang telah berjaya lebih awal daripada saya.

Dalam posting ini saya ingin berkongsi tentang Cery Mamafaiz. Beliau merupakan junior saya di UTP dahulu, namun sekadar kenal, bukanlah rapat sangat.

Bersama Cery Mamafaiz dalam salah satu personal coaching bersama kumpulan saya

Bersama Cery Mamafaiz dalam salah satu personal coaching bersama kumpulan saya

Berada dalam Shaklee di bawah susur galur beliau mematangkan saya, memberikan saya banyak pengetahuan dan pengalaman yang tidak terhingga.

Kini khabarnya beliau mempunyai masalah tertentu dan mungkin tidak lagi bersama Shaklee.

Matlamat Kejayaan Bukan Kerana Orang Lain

Selalu saya diingatkan agar berusaha untuk berjaya bukan untuk mentor, bukan untuk orang lain, sebaliknya untuk diri dan ahli keluarga sendiri. Orang boleh berubah, tapi anak-anak dan keluarga itu sahajalah yang kita ada, tiada galang gantinya.

Dalam kerjaya atau bisnes, memang ada sahaja yang dengki, iri hati atau khianat kepada kejayaan kita. Tapi sebab kita fokus kepada matlamat sendiri, insyaAllah apa cabaran mendatang pun boleh dilalui dengan tenang.

Sekarang saya ada projek baru iaitu D’Haizsa Wellness yang memfokuskan kepada kecantikan (SPA) dan kesihatan (bekam).

Bagi anda yang ingin menyertai kami dan menjana pendapatan anda sendiri, ayuh hubungi kami.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)