Luka Bersalin (Episiotomi) Masih Sakit
Beberapa minggu lepas ada seorang ibu muda hubungi saya, beliau mengadu luka bersalinnya masih sakit walaupun setelah 40 hari bersalin dan rasanya ada macam daging pada luka bersalinnya.
Penjagaan Luka Bersalin Episiotomi
Episiotomi adalah satu kaedah memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perinium iaitu terletak di antara faraj dan lubang dubur. Kebiasaannya memotong ini ketika kepala bayi sedang keluar daripada faraj.
Pada zaman dahulu, amalan ini seolah-olah rutin apabila doktor menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal. Namun kini, di kebanyakan negara maju, tidak lagi dilakukan secara rutin, namun dilakukan sebagai pilihan terakhir. Negara maju seperti negara Eropah, Australia, Canada dan Amerika Syarikat.
Kemudaratan Amalan Episiotomi
Luka episiotomi sukar dijaga, namun melakukan episiotomi dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Kalau tidak dipotong, sebaliknya dibiarkan regangan semulajadi pada bahagian ini boleh menyebabkan koyakan dan luka berlaku tanpa kawalan yang dinamakan sebagai perineal tear.
Perineal tear ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak kerana melibatkan salur darah. Luka yang berlaku akibat koyakan tidak terkawal boleh berpanjangan sehingga lubang dubur, menyebabkan luka lebih besar.
Sebab itu, dengan menggunting atau memotong sebahagian perineum adalah untuk mengelakkan koyakan lebih besar, inilah tujuan episiotomi. Bayi pun boleh dikeluarkan dengan cepat dan selamat.
Kebiasaannya luka episiotomi akan dijahit bagi merapatkan tisu yang telah terkoyak dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Akibat Luka Bersalin Episiotomi
Luka episiotomi boleh menyebabkan:
- Kesukaran membuang air besar
- Sukar membuang air kencing
- Luka lambat sembuh (terutama jika dibiarkan dalam keadaan lembap)
Cara Penjagaan Luka Bersalin Episiotomi
Ada beberapa tips yang dikongsikan bersama boleh menjadi panduan anda, kalau rasa selesa dengan tips ini anda bolehlah lakukannya:
Pek Ais
Anda boleh meletakkan pek ais pada luka yang dijahit. Peranan ais menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi kebas dan mengurangkan sakit dan bengkak.
Rendaman Antiseptik
Rendamkan punggung dalam besen berisi air suam dan campurkan larutan antiseptik untuk membasuh kekotoran di sekitar luka. Anda boleh gantikan antiseptik ini dengan garam, tapi mungkin akan pedih sedikit.
Dedahkan luka
Jika berpeluang bersendirian, dedahkan luka agar mudah kering. Pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang lebih baik.
Penggunaan Lampu Infra Red
Anda juga boleh menggunakan lampu sinar infra red seperti yang dikeluarkan oleh Philips dalam gambar di bawah. Saya sendiri telah gunakan lampu ini sejak anak pertama lagi. Ia memang membantu luka lebih cepat kering.
Banyakkan rehat
Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama. Luka lebih mudah bengkak apabila ibu kurang rehat atau baring terlalu lama. Eloklah cuba untuk bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
Pastikan luka kering
Pastikan tempat luka sentiasa kering, selepas setiap kali ke tandas, lapkan agar kawasan luka kering.
Luka bersalin episiotomi biasanya sembuh antara 2 minggu hingga 4 minggu. Benang jahitan akan tanggal dengan sendirinya. Pada saya biasanya 2 minggu itu memang sudah baik tidak lagi rasa sakit.
Luka Bersalin Episiotomi Masih Sakit
Jika anda dapati luka kelihatan berair, bernanah, berbau busuk anda cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Juga jika luka masih belum sembuh selepas sebulan, contohnya anda berasa ada ketulan dan masih sakit, eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Puan B telah hubungi saya beberapa minggu lalu dengan masalah episiotomi beliau masih sakit. Saya syorkan beliau mengambil Zinc Complex atau set berpantang. Saya juga pernah berkongsi keperluan semasa berpantang untuk tatapan anda.
Zinc Complex berperanan
- Membantu penyembuhan dalaman dan luaran
- Membantu metabolisme b-complex
- Mengawal keguguran rambut
Semalam, saya sangat gembira apabila dihubungi Kak B. Beliau menyuarakan rasa gembira kerana telah sembuh dan tiada lagi rasa sakit menghantui dirinya. Anda boleh baca perkongsian Kak B dibawah
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Pengorbanan ibu..
Belum pernah merasai kerana semua anak saya dilahirkan memalui pembedahan caesarean.
Semoga ibu2 semua cepat sembuh
fidah shah recently posted…Tren Komuter
amiin
saya takut dan geli lah membaca entri ini…
memang sukar juga nak melahirkan hero atau heroin kat dunia ini
mrhanafi recently posted…Apa Azam Blogger Tahun 2016
ngeri, kaum ibu sahaja yang mengetahui
Pengorbanan seorang ibu/isteri yang sangat bernilai…
2x bersama isteri dalam labour room untuk merasai sendiri suasana yang xboleh saya lupakan sampai bila2…
Sayangilah ibu/isteri anda kerana pengorbanan besar mereka tak sama langsung nilainya dengan 2.6Billion sekalipon… 😀
si bongkok recently posted…#Review 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Sistem Nichify Dari Saya
betul tu, untung isteri anda
okeh.
bunyi macam ngeri jugak la.
titan recently posted…Komisen ke 54 dari Ashadee.com
kena hargai kaum ibu, mereka yang hadapinya