Call nowWhatsapp

Masa saya mula-mula bekerja dulu, sedaya upaya juga saya jaga solat, bukan pastikan sentiasa solat sahaja. Namun saya pastikan saya solat di awal waktu sebagaimana saya praktikkan masa belajar dulu.

Tapi lama kelamaan jadi sama dengan orang lain, ada masa baru solat. Padahal azan masuk waktu sudah lama. Aduh bila fikir balik alangkah ruginya bila dibiarkan masa berlalu tanpa kita menyahut seruan azan dan solat di awal waktu.

Kita boleh bermula bila-bila masa sahaja, sebaik-baiknya azam baik kita segerakan, betul tak. Percaya tak kalau saya kata, bila kita solat awal waktu, masa dirasakan sangat panjang sehinggakan macam-macam boleh kita selesaikan. Kalau lambat solat, masa jadi pendek pula. Pernah rasa tak?

Masa dirasakan panjang bila solat di awal waktu

Masa dirasakan panjang bila solat di awal waktu

Ok di sini saya kongsikan juga cara pastikan kita solat di awal waktu untuk manfaat anda.

Cara pastikan solat di awal waktu

Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Walaupun kita sedang sibuk melakukan kerja dan mendengar azan, hentikan kerja yang sedang dilaksanakan serta-merta tanpa apa-apa alasan.

Tetapkan reminder waktu solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi reminder waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone anda.

Solat Berjemaah di Masjid

Cara ini paling efektif untuk solat di awal waktunya. Sebaik mendengar azan, terus menuju ke masjid atau surau.

Berkawan dengan mereka yang tidak melewatkan solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, carilah rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama, bukan semata-mata berduit. Berkawan ini bukan maksudnya kita meminggirkan yang lain, tapi perilaku anda boleh juga menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.

Tampal Peringatan di Meja Kerja

Tulis peringatan dan tampal di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis. Ini akan memberikan sedikit motivasi kepada kita untuk menyegerakan solat.

Jadikan solat polisi utama anda

Letakkan solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara anda. Niat, azam dan tekad dalam hati bahawa solat adalah segalanya. Allah akan membantu anda melorongkan dan melaksanakan polisi anda.

Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kamu bertemu dengan pelanggan atau prospek, tetapkan masa sebelum atau selepas waktu solat.

“Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: solat di awal waktu.”

Solat Awal Waktu Sebaik-baik Amalan

Solat Awal Waktu Sebaik-baik Amalan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)