Call nowWhatsapp

Esok sudah mula cuti sekolah. Minggu hadapan pula sudah hari Raya Haji atau Korban. Tentu ramai yang sudah merancang untuk travel, sekurang-kurangnya balik kampung di musim cuti sekolah atau perayaan.

Posting kali ini saya ingin berkongsi tips pengendalian makanan untuk bayi semasa travel. Almaklumlah baby saya pun baru mula makan, 6 bulan lebih dah umurnya sekarang ini. Jadi mesti mak-mak risau macamana hendak kendalikan dan sediakan makanan bayi masa travel begini.

Tips 1: Bawa makanan yang mudah disediakan

Bagi kami yang selalu travel minima 6 jam (kampung Kelantan), jadi kena fikirkan makanan yang mudah disediakan di sepanjang tempoh perjalanan. Juga ambil kira bila kita travel, masa raya pula singgah rumah sedara mara atau rakan-rakan, takkan hendak pinjam dapur orang pula kan. Jadi pastikanlah makanan yang dibawa mudah disediakan.

Contohnya:

  • Beras, bawa yang telah siap dikisar dan disangai. Jadi ala-ala rice cereal, tapi homemade. Jadi masa memasak pun memang tidak lama.
  • Bawa bekas termos untuk isi air panas.
  • Puri kurma.
  • Serbuk ikan bilis. Sama penyediaan macam beras. Sangai, kisar dan blend halus. Bila hendak guna tabur sahaja.
  • Buah-buahan yang mudah dilenyek contohnya pisang atau avocado.

Di atas adalah contoh kalau anda hendak bawa bekalan.

Gunakan bekas atau beg yang sesuai untuk tahan panas atau tahan sejuk

Gunakan bekas atau beg yang sesuai untuk tahan panas atau tahan sejuk

Tips #2: Makanan sesuai mengikut usia anak

Anak 6 bulan : makan puri, jadi bawa sahaja makanan yang mudah dilenyek (seperti diatas).

Anak 7-9 bulan :Kalau hendak buat bubur, anda boleh bawa qousqous. Cara penyediaan qousqous hanya menggunakan air panas, kurang 5 minit sudah siap.

Boleh juga buat serbuk oat, rice cereal atau puri yang tahan tanpa peti ais. Kalau hendak mudah, boleh bawa contohnya kismis, aprikot kering, kurma, pisang, avocado, betik yang mudah dikendalikan. Kalau sayuran seperti carrot dan kentang. Sayuran ini anda kena bawa sekalilah periuk kuali atau multicooker semua tu.

Anak 10-12 bulan: jika anak sudah makan nasi biasa atau nasi lembik lebih mudah untuk ibu bawa travel. Nasi boleh beli sahaja, atau ambil di rumah saudara, hendak masak sendiri pun boleh.

Tips #3: Buat frozen food

Saya ibu bekerja, jadi memang buatlah frozen food ini. Walaupun frozen, ia masih lebih baik daripada makanan yang dijual dalam tin / botol di kedai. Handle macam handle EBM sahaja. Kalau bawa frozen food, pastikan guna bekas kedap udara untuk pastikan ianya sentiasa sejuk sehingga masa hendak makan.

Masa hendak makan boleh rendam dalam air panas. Terus boleh bagi baby makan.

Contoh saya sediakan frozen food. Masa hendak travel, simpan dalam bekas kedap udara, bubuh ice siap-siap supaya tahan lama kerasnya

Contoh saya sediakan frozen food. Masa hendak travel, simpan dalam bekas kedap udara, bubuh ice siap-siap supaya tahan lama kerasnya

Tips #4: Kudap-kudapan

Finger food untuk baby dan kanak-kanak

Finger food untuk baby dan kanak-kanak

Kalau rajin buat homemade cookies. Lagi mudah biskut yang boleh mix dengan susu, settle dah makan breakfst anak atau tea time anak.

Boleh juga bawa roti sebagai penyelamat. Rendam roti dalam susu atau sapu butter dan bagi anak makan.

Telur yang siap direbus, ini kalau anak sudah lepas bab telur ya. Telur ini senang sebab macam-macam boleh buat.

Finger food macam nuget, bebola semua tu boleh juga tapi cari mana-mana kedai jual, tapi kalau tidur di hotel, siapkan siap-siap finger food anak-anak dari rumah.

Boleh juga guna buah-buahan sebagai finger food. Potong siap-siap, boleh ngap saja.

Sekadar peringatan bersama-sama, tenangkan diri kalau tengok orang suap macam-macam anak kita dengan makanan yang kita tidak sediakan. Bawa siap-siap dalam beg makanan anak-anak, in case anak kita tengok orang lain makan.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)