Call nowWhatsapp

Ok baru-baru ini ada yang minta saya kongsikan makanan atau resepi menarik untuk bayi 6 hingga 7 bulan.

Perkenalkan makanan mengikut 4 day rules

Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula.

Sebolehnya variasikan makanan bayi anda. Biasanya buat 3 atau 4 day rules untuk satu-satu bahan makanan. Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.

Tekstur makanan bayi

Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.

Justeru, biasanya saya gunakan blender khas untuk memuri makanan bayi.

Avent food processor dengan fungsi stim dan kisar memudahkan kerja

Avent food processor dengan fungsi stim dan kisar memudahkan kerja

Kalau tiada blender khas untuk makanan bayi, anda harus pastikan blender yang ingin digunakan boleh mengisar halus makanan, contohnya blender di bawah. Blender ini saya beli dengan harga rm250, ada juga yang jual lagi murah pada harga rm80 sahaja (personal shopper di UK).

Tefal minipro ini kalau hendak kisar daging pun memang jadi halus sangat. Sangat recommended

Tefal minipro ini kalau hendak kisar daging pun memang jadi halus sangat. Sangat recommended

Cadangan Resepi

Sebelum ini pula saya sudah kongsikan cara-cara membuat puri untuk bayi, jadi kali ini saya kongsikan pula antara makanan top yang menarik dan berkhasiat untuk menjadi santapan si manja anda.

Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai dijadikan makanan bayi 6-8 bulan.

Carta Makanan Bayi

Carta Makanan Bayi

Kumpulan Bijirin

Sebaiknya makanan pertama bayi adalah bijirin, iaitu nasi. Anda boleh gunakan nasi putih, atau brown rice. Beras perang mengandungi Vitamin B dan serat, jadi lebih baik untuk bayi.

Antara bijirin sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

Antara bijirin sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

Selain itu boleh juga pelbagaikan seperti

  • Oat
  • Barli
  • Qousqous – dalam kotak, biasa ada kat supermarket.

Biasanya saya beli yang sudah siap dijadikan serbuk (untuk oat dan barli). Ada orang jual 250gm untuk rm15 gitu, jadi bolehlah beli.

Kumpulan Buah-buahan

Biasanya ibu-ibu akan menggunakan buah-buahan seperti epal, lain-lain buah-buahan yang saya pernah gunakan adalah:

Antara buah-buahan sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

Antara buah-buahan sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

  • Pir – baik untuk penghadaman dan bertindak sebagai ubat batuk (memudahkan bayi memuntahkan lendir kahak).
  • Pisang – tidak perlu dimasak, tetapi jika bayi sedang batuk perlu elakkan kerana pisang boleh memekatkan kahak.
  • Blueberry – elok untuk bayi 7 bulan ke atas.
  • Avocado – paling Sarah suka, rasa lemak-lemak.
  • Betik – manis, sedap ni, tapi sebab Sarah batuk jadi belum dapat makan lagi.
  • Kurma – biasa saya buat untuk jadi tambahan kepada bahan lain sebab kurma ni pun manis
  • Kismis – semua orang tahu kebaikan kismis, biasa saya buat stok untuk jadi bahan perasa manis untuk baby.

Kumpulan Sayur-sayuran

Ini favourite bayi saya, Sarah. Antara yang sangat kerap saya masakkan untuk beliau adalah:

Antara sayur-sayuran sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

Antara sayur-sayuran sesuai untuk bayi 6 hingga 8 bulan

  • Lobak (oren) – rasa manis
  • Lobak purple – rasanya lebih lemak sikit dan manis
  • Beetroot (ubi bit) – ini paling Sarah suka, rasanya lemak, ada tekstur sikit.
  • Labu – pun rasanya manis dan lemak
  • Butternut squash – agak mahal, tapi ini pun salah satu kegemaran Sarah. Semalam saya baru top up, harga separuh biji adalah Rm12.
  • Kacang peas – beli yang frozen, lepas itu boleh kukus dan blend. Peas kena ditapis untuk asingkan kulitnya.
  • Couliflower (kubis bunga) – salah satunya untuk hilangkan kahak, sedap juga ni
  • Brokoli – Sarah kurang suka, tapi bila digabungkan dengan makanan lain, laju juga dia makan.
  • Ubi keledek (sweet potato) – memang sedaplah kan, kita pun suka makan. Boleh guna keledek oren atau keledek purple.

Gabungan kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)

Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.

Saya ada buat percubaan kenalkan protein, iaitu stok ayam. Tapi nampaknya Sarah belum suka, jadi saya tangguhkan dulu hasrat masukkan stok ayam dalam dietnya.

Gabungan sayur, bijirin dan buah juga anda boleh buat. Biasa saya buat juga, dan nampaknya Sarah pun suka, makan banyak betul dia.

Contohnya saya buat begini

Breakfast

  • Oat + beetroot + pir
  • Barli + epal + carrot
  • Barli + avocado + pir

Lunch

  • Nasi perang + squash + carrot
  • Nasi perang + beetroot + pir

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)