Call nowWhatsapp

Saya mula kenal Shaklee sejak mengandung anak kedua pada tahun 2011. Masa tu saya hubungi Master Nur Zahirah bertanyakan set penyusuan. Beliau memaklumkan saya Shaklee juga saya boleh guna untuk berpantang. Wah memang bagusla kan, sebab berpantang anak pertama saya tak guna apa-apa jamu atau suplemen.

Tapi saya cuma amalkan Shaklee secara tegar sebaik selepas bersalin. Masa mengandung saya takut nak amalkan, takut efek apa-apa. Jadi saya amalkan Shaklee semasa berpantang dan seterusnya semasa menyusu dan sehingga kini, mengandung anak ketiga. Dah hampir 3 tahun saya kenali Shaklee.

Selepas beberapa ketika saya guna Shaklee, pada tahun 2012 saya mula sikit-sikit bisnes dengan Shaklee. Mula-mula nak dapat customer dan downline memang payah. Nak berjaya memang susah, tapi kalau usaha dan tanpa jemu insyaAllah kejayaan memang manis. Saya pernah tuliskan dulu Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan.

Keputusan saya bersama Shaklee memang terbaik pernah saya buat, insyaAllah saya akan terus bersama Shaklee.

Erti Shaklee kepada saya
Saya salah seorang Shaklee Effect


Mesra Kanak-kanak

Bisnes Shaklee membenarkan saya melibatkan anak-anak saya. Mana-mana pun program saya dibenarkan bawa anak-anak. Tapi kadang-kadang saya bawa, kadang-kadang tidak. Tengok kepada event apa dan apa peranan saya dalam event tu. 

Perkara ni penting, sebab rata-rata circle saya beranak kecil, kawan-kawan saya sama je dengan saya ada anak-anak kecil. Dan sukar nak cari pengasuh kalau perlu ke program sendirian. 

Shaklee sekali lagi membuktikan ia mesra kanak-kanak. Playland kanak-kanak di HQ barunya di Sunway punyalah besar dan menarik. Ini membuktikan Shaklee juga mengiktiraf peranan keluarga dan bisnesnya. 

Erti Shaklee Kepada Saya
Playland di HQ Shaklee baru di Sunway


Selain itu, saya baru dapat tahu pejabat CEO Shaklee di San Francisco iaitu Mr Roger Barnett, beliau menamakan pejabatnya dengan nama anaknya, Spencer. Biasanya CEO ni mesti nak letak namanya, tapi beliau tak. Comel tak?

Erti Shaklee Kepada Saya
Pejabat CEO Shaklee di San Francisco dinamakan sempena anaknya, Spencer Barnett

 

Sokongan Yang Kuat

Masa saya register bawah Master Nur Zahirah, saya tak cek pun beliau ni downline sapa. Saya tak macam sesetengah orang yang habis disiasat susur galurnya. Tapi alhamdulillah saya bernaung di bawah Master yang unggul. Bukan sahaja Master Nur Zahirah sentiasa support saya, bahkan sehingga taraf moyang pun support saya, iaitu 3 level lagi atas saya.

Dalam MLM yang kita hendak sertai, pastikan anda dapat sistem sokongan yang kuat sebab untuk berjaya anda perlu bersama-sama, bukan sendirian.

Walaupun kami ramai, tapi kami juga tak amalkan bisnes tikam menikam sesama sendiri. Kami harmoni, kami bersaing juga tapi secara sihat. Kami bantu sesama sendiri untuk sama-sama berjaya. Menarikkan?

Erti Shaklee Kepada Saya
Keluarga besar kami dalam Shaklee



Penekanan Kepada Hubungan Kepada Allah

Ini sesuatu yang sangat rare. Saya ingat lagi penekanan kepada hubungan dengan Allah ni biasanya saya dapat masa di universiti dulu. Dulu-dulu memang saya kerap tahajud, dhuha, mengaji dll. Sejak bekerja, saya seolah lupa semua ni.

Bila bersama Shaklee, hubungan dengan Allah ni umpama nombor 1. Kami diberikan Masterchecklist untuk dibuat hari-hari. Walaupun kepada sesetengah orang sukar nak percaya, tapi bagi saya mastercheklist ni yang menyebabkan saya istiqomah, percaya dengan rezeki daripada Allah dan bergantung kepada Allah semata-mata.

Penglibatan Pasangan

Pasangan dibenarkan terlibat dalam semua program anjuran kumpulan kami. Saya rasa ni penting sebab saya tak mahu suami saya sendiri rasa tersisih bila saya sertai mana-mana event Shaklee. Restu suami juga sangat penting untuk kita pergi lebih jauh.

Kami juga diberikan tips bagaimana memikat hati suami bagi isteri yang belum mempunyai sokongan penuh daripada suami.

Produk Berkualiti

Saya orangnya memang sangat hati-hati dengan pengambilan suplemen atau vitamin. Nak saya beli yang kat farmasi pun boleh dikira dengan jari. Bagaimanapun Shaklee tak sama dengan suplemen lain.

Shaklee adalah vitamin semulajadi, bukan sintetik macam yang biasa dijual. Harga Shaklee juga berpadanan, ia tidak naikkan harga disebabkan mahu bayar pengedarnya sepertimana sesetengah MLM buat (harga sampai beratus-ratus sebotol).

Shaklee juga mementingkan kualiti. Meskipun KKM tidak mewajibkan syarikat suplemen membuat kajian klinikal ke atas produknya, maknanya Shaklee buat lebih daripada itu.

Setiap tahun Shaklee habiskan USD250 juta untuk tugas R&D dan kajian sahaja. Ia dilakukan oleh mereka yang tiada kena mengena dengan Shaklee, agar tidak berat sebelah.

Erti Shaklee Kepada Saya
Pelaburan USD250 juta setahun untuk R&D dan kajian klinikal

Produk Shaklee juga dijamin Halal. Memang boleh tanpa was-was. Shaklee juga dijamin selamat.

Hargai Kehidupan, Hargai Keluarga

Dengan Shaklee saya belajar banyak perkara, bukan bisnes semata-mata. Saya lebih menghargai kehidupan di sekeliling saya, saya dapat berkhidmat untuk keluarga saya, ibu bapa saya, kepada masyarakat, juga kepada umat Islam. Tentu sangat hebat bila kita boleh bantu orang lain lebih sihat.

Inilah ertinya Shaklee kepada saya.

Saya akan terus bersama Shaklee, insyaAllah. 

Jika anda ingin sertai keluarga Shaklee saya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)