Call nowWhatsapp

Doa Qunut Nazilah banyak kali disarankan dibacakan, kini especially sebab Palestin sedang berperang dengan Israel. Dah 13 hari lamanya. Alhamdulillah Arab Palestin masih bertahan dan gagah walaupun angka korban telah mencecah 500 orang. Semalam diberitakan Israel telah menggunakan bahan kimia fosforus yang telah diharamkan dalam peperangan.

Kenapa Qunut Nazilah


Qunut Nazilah dibacakan ketika umat Islam didatangni bala bencana atau ditimpa musibah seperti perang, wabak, kemarau dll. Bacaan Qunut Nazilah ini sejarahnya pernah Nabi s.a.w baca ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz Al Quran selama sebulan. Menurut hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca dua qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz Al-Quran.” (HR Bukhari dan Muslim).

Qunut Nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau berjauhan, iaitu dalam bentuk berdoa kepada Allah Taala. Di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah dan persaudaraan sesama Muslim.

Bilakah Masa Sesuai Membaca Qunut Nazilah?


Qunut Nazilah boleh diamalkan bila-bila masa pun, tak tertakluk masa solat subuh sahaja. Ia boleh dibaca setiap solat fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah s.w.t.

Macam solat Subuh juga, Qunut Nazilah dibaca waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. Untuk solat subuh, baca selepas doa qunut yang kita biasa baca. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat berjemaah.

Selain itu, Qunut Nazilah boleh juga dibaca sebagai doa, waktu selepas solat, selepas tadarus, waktu menunggu berbuka, waktu bersahur, waktu terjaga tengah malam.

Inilah bacaan Qunut Nazilah. Saya hafal sejak zaman universiti lagi. Banyak-banyak kali baca memang senang lekat dibibir dah lepas tu.

Kenapa perlu baca Qunut Nazilah
Doa Qunut Nazilah


Selamat mencuba.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)