Call nowWhatsapp

Tempoh berpantang 44 hari bagi masyarakat Melayu adalah satu masa yang menguji kesabaran. Namun amalan berpantang masih dilalui oleh ramai ibu Melayu kerana dikatakan ibu selepas bersalin dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Amalan berbengkung merupakan amalan utama. Jika dahulu kain bengkung dijahit sendiri oleh ibu kepada anaknya yang hamil. Kaini bengkung boleh dibeli, tidak perlu dijahit seperti dulu. Banyak kedai-kedai menjualnya termasuk secara online.

Ada 3 jenis bengkung

1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak

Bengkung barut


2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat berselang seli dari bawah ke atas

Bengkung Mia atau bengkung zig zag


3. Bengkug jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.



Cara Pemakaian

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam. Pastikan ia dipakai dengan betul, bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen dan ikat sampai ke bahagian bawah payudara.

Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja
1. Bengkung dilapik dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian dialas dengan daunan seperti daun pandan atau lengkuas

2. Sapu minyak dengan ramuan rempah dan herba, sapu juga di bahagian belakang

3. Jika sukar mendapatkan daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli.

Faedah berbengkung

Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi dan lain-lain sudah bertukar keadaan, menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

Kebaikan berbengkung:

1. Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
2. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
3. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
4. menggalakkan postur yang baik, justeru membantu penyusuan bayi
5. Memecahkan lemak dan selulit
6. mencegah dari makan berlebihan

Sepatutnya berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan lain seperti urut, bertungku, mandian herba dan pengambilan supplemen melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat, amalan berpantang boleh membantu ibu untuk mengurangkan berat badan dan mengimbangi paras hormon mereka.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)