2 Minggu Jadi Work At Home Mother

By | 14 December 2016
Wahm

Menjadi work at home mother atau #WAHM memang mesti menjadi impian setiap ibu. Duit masyuk sambil ada di rumah menjaga anak-anak. Bagi saya pula, lama juga saya inginkan bila tengok ramai rakan-rakan jadi #WAHM terutama master dalam Shaklee.

Kadang itu, walaupun bekerja dan saya bercuti, saya perasan kesukaran untuk uruskan rumahtangga dan kerjaya pada satu masa. Almaklum, bila di rumah, anak-anak memang tidak boleh biarkan kita sendirian. Mesti hendak bergantung pada kaki mak sebolehnya. Sampai hendak ke tandas pun tak boleh lama-lama, sebab ada orang tunggu di depan pintu. Silap-silap pintu tandas pun tidak boleh tutup atau kunci!

Jadi #WAHM 6 bulan lebih awal daripada rancangan

Dan sebetulnya saya rancangkan #WAHM ini adalah tahun depan (paling awal bulan 6 2017). Tapi awal 6 bulan! Sebenarnya ini adalah rancangan yang dipaksakan. Mungkin ramai belum tahu sebab saya pun belum pernah buka cerita.

Dipaksakan atau dirancang, kedua-duanya datang dengan risiko. Bila kita bekerja, memang ada risiko seperti sakit, berhenti atau sebagainya. Alhamdulillah saya ada payung terjun yang saya siapkan sejak 4 tahun lalu sejak saya sertai Shaklee. Payung terjun inilah yang semakin utuh sejak awal tahun ini.

Tapi alhamdulillah walaupun dipaksakan, hasil daripada Shaklee juga semakin lumayan. Cuma kenalah berusaha lebih supaya dapat lebih lagi. Walaupun anda bekerja dengan syarikat yang utuh atau besar sekalipun, risiko tetap ada. Antara risiko adalah:

  • Anda atau pasangan atau anak / ibu bapa sakit yang tidak membolehkan anda bekerja. Berapa banyak kisah kita dengar ibu/bapa yang merayu sumbangan untuk anak/pasangan mereka yang sakit memerlukan sejumlah RM untuk kos kesihatan atau kelangsungan hidup
  • Suami anda berubah hati
  • Sesuatu berlaku kepada suami (samada sakit, kemalangan, atau diberhentikan kerja), jadi anda hilang sumber utama kewangan (bread winner)
  • Anda diberhentikan kerja

Risiko perlu dianalisa dan perlu juga kita rancangkan apakah bentuk rancangan anda untuk mengurangkan risiko anda. Kata orang simpanan kita perlu ada sekian-sekian tahun. Kalau untuk penyakit kritikal, elok ada 3 tahun gaji simpanan. Bayangkan kalau anda bergaji rm4000, anda seharusnya ada rm144 ribu dalam bentuk simpanan.

Itu berkenaan simpanan. Bagaimana pula pendapatan sampingan yang anda boleh buat tanpa anda ke tempat kerja? Sekarang macam-macam boleh buat terutama secara online. Nanti saya kongsikan.

Perlu Ubah Gaya Hidup

Bila tidak lagi bekerja, perlu juga ubah gaya hidup. Bila bekerja kita tahu setiap hujung bulan kita akan dibayar sekian-sekian. Bila bekerja sendiri, kita yang tentukan berapa banyak gaji kita mahukan. Usaha kita banyak, tentu bonus kita banyak. Kalau kita tidur banyak, asyik menung memikirkan nasib, tidak banyaklah hasil yang kita tuai hujung bulan.

Jadi kena beringat, usaha kita akan dapat. Allah itu ada, Allah Maha Adil. Kita usaha kita dapat. Allah takkan zalimi kita melainkan hasil perbuatan kita sendiri.

Selain Shaklee, mujur juga saya masuk dalam grup bloggers dan saya ada idea berkenaan kerja apa yang boleh dilakukan dari rumah. Antara job yang saya baru ambil dalam Disember 2016 ini adalah:

  • Enumerators – buat survey dengan melakukan panggilan kepada pelanggan. Survey yang saya buat ini anjuran MDEC.
  • Kerja-kerja menterjemah – terjemahan tesis pensyarah
  • Tulis buku – pernah juga saya tulis buku pendidikan awal kanak-kanak melalui sebuah universiti tempatan. Bayarannya memang lumayan.

Mudah-mudahan Allah bantu saya untuk settlekan semua ini. Kerja Shaklee pun banyak sebenarnya. Sebab bila sudah full time Shaklee saya lebih fokus kepada booth, perkongsian kesihatan, menjaga lebih teliti database. Hari-hari jadual saya memang ketat juga dalam Disember 2016 ini. Cuma nak kena beringat juga sebab bulan Disember anak-anak cuti sekolah jadi perlu luangkan masa dengan mereka di samping buat persediaan untuk sekolah buka Januari nanti.

Yang penting bila bekerja sendiri, jadual kita lebih flexible dan nak COD atau menziarahi customer pun lebih banyak.

Nak bawa mama dan abah buat umrah 2017

Teringin hendak bawa mama menunaikan umrah tahun 2017

Teringin hendak bawa mama menunaikan umrah tahun 2017

Baru-baru ini mama maklumkan hendak minta saya temankannya untuk buat umrah tahun depan 2017. Jadi risau pula saya sebab saya tidak lagi ada gaji yang tetap dan simpanan pun bukan ada sangat. Banyak yang saya risau, hingga saya lupa Allah itu ada.

Saya minta tolong kawan-kawan blogger semua, doakan saya supaya hasrat saya bawa mama abah menunaikan umrah dapat Allah permudahkan. Manalah tahu dari kalangan blogger ada yang doanya dimakbulkan Allah, maka dapatlah saya teman mama abah menunaikan umrah dengan senang hati.

2 minggu jadi #WAHM not so bad sebenarnya. Alhamdulillah saya ada rancangan dan hasil berkawan dengan bloggers juga maka ada beberapa idea untuk dibuat. Terima kasih semua, anda semua sebenarnya banyak menyumbang kepada hidup saya sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

20 thoughts on “2 Minggu Jadi Work At Home Mother

  1. eazaq

    Good luck Kak Anah. The time is yours now and surely macam2 achievement baru will be unlocked selepas ini. Saya juga bercita-cita untuk menulis buku, tetapi belum jumpa konten dan tajuk yang sesuai dengan diri. Mungkin perlu banyak membaca lagi dan teruskan menulis supaya ilham itu datang.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      abe jaq hebat kan, selalu posting dicopy oleh siakapkeli. insyaAllah tentu ada peluang tu nanti. tq for doa

      Reply
  2. okje

    Betul sangat tu Raihanah…. bila kita tak bekerja, terfikir jugak kadang tu apa jadi kalau pasangan kita sakit. Sapa yg nak menanggung? Tapi tulah… berdoa ajelah kot moga Allah permudahkan. Malas nak pikir benda yg belum berlaku.

    Moga Allah makbulkan impian awak nak bawak mak abah pergi umrah Raihanah
    okje recently posted…Was wasMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge