Call nowWhatsapp

Ada orang kata, tak payahlah ambil vitamin ni, cukup ambil makanan seimbang.

Dulu saya pun fikir begitu, tapi saya fikir begitu untuk penyedap hati sebab kalau saya ambil suplemen terpaksalah saya sediakan bahagian tertentu setiap bulan untuk beli suplemen. dan saya fikir suplemen tu mahal.

Apa turning point saya?

Turning point saya masa tu:

1. Saya masih BF anak
Saya dapati susu memang banyak, tidak seperti masa anak sulung. Saya boleh simpan sampai 200 bekas masa berpantang, ini memang saya sendiri kagum.

2. Kesihatan anak-anak terganggu
Walaupun anak saya suka makan buah (kaya dengan nutrisi dan vitamin) dan sayur-sayuran, tetapi mengapa setiap bulan mesti demam disebabkan bengkak tonsil? Ini saya tak mampu jawab, sebab nak tingkatkan kesihatannya saya beri anak-anak Omega Guard dan Mealshake. Sekarang ni je saya baru tambah Ostematrix, tu pun yang dilarutkan.

3. Kesihatan saya sendiri terganggu
Saya batuk teruk setiap bulan, dan berpanjangan sampai 2 minggu. Bulan depan batuk pulak. Sebab saya tahu batuk ni petanda penyakit, saya naik risau. Jadi saya nekad saya perlu betulkan kesihatan saya. Anak-anak masih kecil dan memerlukan saya.

Semua tu berlaku juga, padahal saya dan anak-anak memang makan dah seimbang, ok tipulah jika kata seimbang sebab fast food bagai tu makan gak kan.

10 sebab mengapa anda memerlukan multivitamin

1. Nutrien yang mencukupi ketika anda menurunkan berat badan
Bagi mereka yang mengamalkan diet, pasti ada sesetengah makanan yang anda elakkan. Contohnya ada yang mengelakkan kuning telur, nasi, gula dan lain-lain. Tahukah anda tubuh kita memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisme pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya usaha anda untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan
2. Faktor sibuk
Kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutama jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
3. Nutrien termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (sekitar 36C), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4. Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang sibuk dan mencabar ni, tidak sah jika seseorang itu tidak menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental dan sebagainya.
5. Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak lagi setanding kualiti sayur-sayuran yang ditanam zaman dulu. Trlalu banyak bahan kimia digunakan yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6. Pencemaran alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi menyebabkan alam sekitar tercemar berbanding beberapa dekad lalu. Sistem pertahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makannan sahaja mungkin tidak mencukupi.

7. Tabiat Makan Memilih
Bagi individu yang tidak suka makan sayur dan hanya bergantung kepada khasiat daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan micronutrient. Ini adalah tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian, mereka mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan kalsium.

8. Tahap Penyerapan Nutrien Yang Rendah
Tidak semua orang mampu menyerap nutrien dengan baik, terutama golongan yang sudah berumur. Suplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9. Harga yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil setiap hari tidak sampai pun RM1. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan rokok sehari mengapa harus memberikan alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10. Role Model
Salah satu rahsia mengapa Tun Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan sehingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (pilihan beliau, tentulah Shaklee).

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
 Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)